e-mail : ceointerfirdaus@yahoo.com

Ogos 2006 mengingatkan aku kembali pertemuan khusus bersama Syaikh Dr. ‘Umar ‘Abdullah Kamil Hafizahullah di Tahrir.

Pagi itu, sahabat seperjuanganku … Raja Mukhlis menelefonku. Katanya, Dr. Umar berkenan mengadakan pertemuan khusus dengan kita.

Jam 3 petang lebih kurang, aku dengan Faisal (pelajar Morocco) pergi ke rumah Ustaz Abu Zahra’. Di situ lebih kurang 5 orang telah menunggu.

Ustaz Abu Zahra’ keluar dari rumahnya dan kami sama-sama menaiki bas dan metro ke rumah syaikh di Tahrir. Di dalam perjalanan, kami bertemu Syaikh Husni Hafizahullah dan sebahagian yang lain. Kami sama-sama meneruskan perjalanan ke sana. Dipandu oleh Ustaz Abu Zahra’.

Persinggahan metro di Dokki tiba. Kami seramai 18 orang meneruskan perjalanan ke salah sebuah hotel di sini. Tinggi dan Mewah gamaknya.

Pintu rumah beliau diketuk. Kami mula masuk seorang demi seorang menemui syaikh. Kelihatan sedikit uzur, namun tetap melayan tetamu dengan baik.

Awal pertemuan, beliau menghadiahkan kepada kami buku karangan beliau sendiri. Berkaitan akidah dan “Mafahim Yajib An Tusohhah”. Ya, perbahasan yang menarik.

Sempat beliau membahaskan buku "Mukhtasar Syarh Akidah at-Tohawiyah" tulisan beliau. Hampir sejam berlalu, kami dihidangkan dengan makanan berat. Emm … sedap dan kenyang.

Di kesempatan itu, aku cuba mengambil peluang khusus antara aku dengan beliau. Bertanya beberapa rungkaian persoalan. Di akhir pertemuan itu, aku diberikan keizinan dan kepercayaan oleh beliau untuk menterjemahkan segala buku dan hasil tulisannya ke dalam Bahasa Melayu. Pujian terindah bagiMu wahai Allah!

Beliau Hafizahullah dilahirkan di Mekah pada tahun 1371 hijrah.Memperolehi Sarjana Muda di dalam Bidang Ekonomi dan Sains Politik di Universiti Malik Sau`d Riyad pada tahun 1975 masihi. Seterusnya memperoleh Sarjana atau Master di dalam bidang ekonomi Islam di Universiti Karchi Pakistan, di samping memiliki Master di dalam Bidang Ekonomi Islam di Universiti Wales, United Kingdom (UK). Beliau memperolehi Ijazah Kedoktoran atau PHD di dalam Bidang Pengajian Islam di Karachi, Pakistan. Juga memperolehi Ijazah PHD di dalam Bidang Usul Fiqh di Universiti Al-Azhar.
Antara buku karangan beliau ialah:
1-Rukhsah Syariah didalam ilmu usul
2-Fiqh Muamalat menurut pandangan islam
3-Kaedah-kaedah Adab Ikhtilaf
4-Syarah Muktasor Akidah Tohawiyah
5-Mafahim Yajib An Tusohhah

This entry was posted on Saturday 4 October 2008 at 22:52 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

4 comments

MASYAALLAH...Tuan,kitab Mafahim tajibbu tussohah telah ditahkik oleh Syekh Muhammad Fuad Kamalluddin al-Maliki ke dalam bahasa Melayu...

ALHAMDULILLAH,bksempatan kami bersama Sayyid Ahmad ibn Al-Muhhaddith Sayyid Muhammad 'Alwi Al-Maliki Al-Hasani semalam di Malaysia.

beruntung tuan2 berdamping bersama ulama, muallimin di sana...teruskan usaha kalian..bina "hubungan"

kembali berbakti di bumi Melayu, Malaysia nanti, boleh Tuan2 dan kita bersama mengatur usaha menjemput para ulama ke bumi Malaysia.

al-Haqir ilaAllah:
almukminun

12 October 2008 at 17:45

InsyaAllah ... doakan ana. Sampaikan salam dan mohon doa dari setiap masyaikh yg tuan jumpa untuk ana.

16 October 2008 at 04:10

InsyaAllah ... doakan ana. Sampaikan salam dan mohon doa dari setiap masyaikh yg tuan jumpa untuk ana.

16 October 2008 at 04:10

salam...
setuju dgn almukminun...
sgt2 beruntung dpt bermusyawarah, bertemu dgn para ulama'...
betapa bertuahnya...
mdh2an bile pulang ke Malaysia nnt, dpt dianjurkan peluang sebegitu di sni...
khususnya bg pelajar yg dahagakn peluang spt yg ustaz lalui...
insyaAllah...

31 October 2008 at 02:40

Post a Comment