e-mail : ceointerfirdaus@yahoo.com

Malam tadi, Khamis bersamaan 9 September 2008. Kenangan berkunjung ke rumah al-Muhaddith al-Musnid Prof. Dr. Sa’ad Sa’ad Jawisyh hafizahullah.

Pernah mengajar aku dan rakan-rakan sefalkuti lain di tahun tiga lalu. Mengajar kami Hadith.

Beliau salah seorang pensyarah di Jabatan Hadith, Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar (Kampus Utama; Kaherah). Seorang yang masyhur di kalangan para pensyarah al-Azhar di sini. Namun tetap tawadu’, lemah-lembut dan sentiasa merendah diri. Berkali-kali dijemput untuk rancangan radio Mesir. Pernah diundang menghadiri seminar-seminar dan majlis-majlis di Malaysia.

Lebih kurang jam 8.45, pintu rumah beliau diketuk. Kelibat anak beliau kelihatan. Kehadiran kami mengejut, tidak disia-siakan. Menerima kehadiran kami dengan hati yang amat gembira, katanya.

Kami dipersilakan masuk. Wajah sejuk syaikh Hafizahullah kelihatan. Mengingatkan aku pada sabda Rasulullah saw : “Maukah kalian kuberitahu yg terbaik diantara kalian? Mereka apabila dilihat wajahnya akan membuat orang menjadi berzikir dan ingat kepada Allah” (HR Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad). Wajah sejuk itu menyiratkan khusyu dan rendah hati.

Kami terus dijamu dengan makanan dan minuman. Amat peramah, lembut dan menghormati tetamu.

Jam 9.15 malam, kami mendengar sedikit perbahasan ilmiah daripada beliau. Mendengar pengriwayatan hadith. Ijazah ‘Ammah secara “Mukatabah” daripada beliau ku perhatikan. Antara guru-guru beliau yang masih ku ingat:

1-Al-Imam al-Jalil Syaikh al-Hadith Dr. Mustafa Amin at-Tazi Rohimahullah.

2-Al-Imam al-‘Allamah Syaikh al-Hijaz al-Musnid al-fadhil Abu al-Faid ‘Alamuddin Muhammad Yasin al-Fadani Rohimahullah.

3-Al-Imam al-‘Allamah Syaikh ‘Abdullah Siddiq al-‘Ghumari Rohimahullah.

4-Al-Imam al-‘Allamah Syaikh Muhammad Zakiyuddin Ibrahim Rohimahullah.

5-Al-Imam al-‘Allamah as-Sayyid asy-Syarif Prof. Dr. Muhammad b. Alawi al-Maliki Rohimahullah.

6-Al-Imam al-‘Allamah Syaikh al-hafiz at-Tijani Rohimahullah.
Dan banyak lagi …

Mudah-mudahan Allah memberkati beliau dan kita semua.

This entry was posted on Friday 10 October 2008 at 04:50 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment