.: IsKanDariAh ~ 7/8 SeP '08 :.  

Posted by blog dr.

Syaikh al-Muhaddith as-Sayyid Muhammad Ibrahim 'Abdul Ba'is al-Kattani al-Masri Hafizahullah. Antara murid senior Syaikh Abdullah bin as-Siddiq al-Ghumari Rohimahullah. Beliau merupakan rakan seguru Syeikh Hassan al-Saqqaf. Mempunyai sanad periwayatan yang kuat kepada Imam al-Bukhari dan Nabi SAW. Pakar dalam ilmu hadis dan Jarh Wa Ta’dil. Banyak mengarang kitab berkaitan akidah dan tasawwuf ke seluruh pelusuk dunia. Pernah dijemput ke Akademi Pengajian Islam UM membentangkan kertas kerja sempena Seminar Pemantapan Akidah, Seminar Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan di Pahang serta jemputan oleh Majlis Silaturrahim Pondok se Malaysia.

.: ZiaRaH SyaiKh MuHammAd IbRahim
'AbDul Ba'is al-KattAni HafiZahuLLaH :.



8 September 2008 (Rabu)


5.30 petang : Keretapi tiba di “Mahattoh Qitor Misr”, Ramsess. Azan maghrib berkemundang. Solat dan pulang.

4.45 petang : Perjalanan melalui sawah padi mengingatkanku bersama ayah dan mak sewaktu umur 5 tahun lalu. Pergi ke sawah menghalau burung-burung. Melihat ayah dan mak membanting padi. Indah ketika itu. Sedih dan amat terharu mengenangkan pengorbanan mereka berdua. Tanpa mereka siapalah aku?

2.50 petang : Keretapi “Faransawi ... Darojah Thaniah Mukayyafah” sudah ada. Kami berlari mencari tempat duduk.

2.30 petang : Menuju ke “Mahattoh Qitor” di sini. Tempah tiket jam 3 petang.

11.30 pagi : Pergi ke “Perpustakaan Alexandaria”. Orang kata, perpustakaan ini merupakan perpustakaan yang terbesar di Africa. Serba canggih dan moden! Ada banyak buku, manuskrip, dan bahan tinggalan sejarah.

11.10 pagi : Kami berjalan menelusuri sepanjang Pantai Iskandariah. Cuaca redup sedikit.

10.50 pagi : Menuju ke “Muntazah”. Kawasan sejarah milik Raja Farouk. Banyak taman. Hujungnya ada Istana Raja Farouk berhinggapsana. Di katakan, perkataan “Muntazah” membawa maksud kawasan larangan.

7 September 2008 (Selasa)

11.30 malam : Makan malam. Sedap ... ketam ada, dan ayam panggang. Selepas makan dan rehat, Syaikh Husni Hafizahullah dan lain pulang. Tetapi kami berlapan tidur di sini.

8.45 malam : Kami semua menuju ke sebuah rumah, hampir di “Muntazah”. Ustaz Azim yang menjemput ke sini.

9.15 malam : Aku bertemu secara peribadi dengan syaikh sebelum pulang. Menerima kepercayaan untuk menterjemahkan semua kitab beliau ke dalam Bahasa Melayu.

7 malam : Kami tiba di rumah Syaikh Muhammad Ibrahim Abdul Ba’is al-Kattani Hafizahullah. Majlis pengriwayatan lebih 30 hadis musalsal dan ijazah ‘ammah di hadapan beliau bermula. Al-hamdulillah, segala pujian yang amat terindah bagiMu wahai Allah. Tercapai jua hasratku selama ini.

5.45 petang : Berkumpul dan bergerak ke rumah Syaikh Muhammad Ibrahim al-Kattani Hafizahullah. Perjalanan mengambil masa setengah jam lebih kurang. Solat dahulu di masjid berhampiran dengan rumah syaikh dan rehat-rehat.

4.30 petang : Syaikh Husni Hafizahullah dan yang lain tiba. Rehat sekejap.

2.50 petang : Kami dibenarkan memasuki kawasan Maqam Nabi Danial di dasar masjid. Sebelahnya, dikatakan Maqam Luqman al-Hakim. Wallahu ‘alam.

2.30 petang : Berjalan-jalan di sekitar Bandar Iskandariah. Sementara menunggu Syaikh Husni Hafizahullah dan yang lain. Pergi ke Masjid Nabi Danial.

2 petang : Tiba di Iskandariah. Pergi ke masjid berhampiran. Solat jamak.

1 petang : Sejuknya keretapi yang kami naiki. Argh!

11.15 pagi : Keretapi bergerak ke Iskandariah. Al-hamdulillah, semua yang dirancang berjalan lancar. Cuma kelam-kabut sedikit. Isyhh ... bukan sikit tapi banyak.

11.05 pagi : Aku, dan tujuh yang lain tiba di “Mahattoh Qitor Kaherah.”

9 pagi : Pergi ke Ramsess. Tempah tiket keretapi “Faransawi Mukayyafah” ke Alexandariah.

7.45 pagi : Aku menelefon rakan-rakanku yang lain. Menanyakan ... mereka mahu ikut serta?

7.30 pagi : Syaikh Husni Hafizahullah telefon. Katanya, hari ini beliau mahu ke rumah Syaikh Muhammad Ibrahim al-Kattani Hafizahullah. Aku kata aku nak ikut.

.

This entry was posted on Wednesday 8 October 2008 at 13:49 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment