Maulid ~ kelmarin dan hari ini  

Posted by blog dr.

8 March 2009 ~ Ahad
Malam tadi, aku dan teman-teman pergi ke Sahah Yaman (Baru) di Darrasah. Menghadiri "Majlis Sambutan Maulidurrasul." Bermula dari Maghrib hingga jam 10 malam lebih kurang. Baca madeh, qosidah dan burdah. Beberapa orang masyaikh menyampaikan ucapan.

9 March 2009 ~ Isnin
Jam 8 pagi tadi, aku dan Sobirin pergi ziarah al-Muhaddith al-Musnid al-'Allamah Dr. Mahmud Said Mamduh Hafizahullah di Imdad. Seorang yang mempunyai sanad yang 'ali, 'alim, tawadhu' dan ikrom pada tetamu. Sempat menceritakan kepada kami pengalaman beliau bersama Musnid al-Asr al-'Allamah Syeikh Muhammad Yasin b. 'Isa al-Fadani al-Makki Rohimahullah dan al-Muhaddith al-Musnid Syeikh Abdullah b. Siddiq al-Ghumari Rohimahullah. Aku lak cite sikit2 pengalamanku bertemu ngan masyaikh di Mekah dan Madinah, time aku buat umrah dulu.

Hari ini lepas Asar, al-Muhaddith al-Musnid Syeikh Mustofa an-Nadwi Hafizahullah buat Maulid di Madyafah, depan Universiti al-Azhar (Kampus Utama; Kaherah).

Lepas Asar jugak, Syeikh Dr. Yusri Hafizahullah pun buat sambutan maulid di rumah beliau, Jamie' Asyraf di Jabal Muqottom.

This entry was posted on Monday 9 March 2009 at 01:35 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment