Pengajian Syeikh Nuruddin Hafizahullah  

Posted by blog dr.



Ilmu dan pengetahuan tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Ilmu merupakan lampu penyuluh dalam membimbing manusia kepada kebenaran. Bahkan Allah Taala mengangkat martabat hamba-hambaNya dengan kelebihan ilmu dan amal yang ada pada mereka. Firman Allah Taala dalam Surah al-Mujadalah, ayat 11 yang bermaksud :"Allah Taala mengangkat kedudukan (martabat) orang-orang yang beriman di kalangan kamu dan orang-orang yang berilmu beberapa darjat. Dan Allah Taala Maha Mengetahui apa yang kamu laksanakan". Manakala sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim"-hadis riwayat Ibnu Majah.

Justeru, bagi melaksanakan tanggungjawab menyebarkan ilmu pengetahuan Islam terutamanya, Badan Ilmiah dan Pengetahuan MKKK akan menganjurkan program Majlis Tafaqquh Fiddin bersama Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki pada bulan Mac tahun ini.


Maklumat program adalah seperti berikut :
Tarikh : 6 hingga 22 Mac 2009 M bersamaan 9 hingga 25 Rabiulawal 1430 H Tempat : Asrama Darul Aman 3 (baru), Haiyu Sabiek, Madinah Nasr, Kaherah
Masa : sesi petang : selepas solat Asar
sesi malam : selepas solat Isya'
Anjuran : Badan Ilmiah dan Pengetahuan MKKK

~ Sumber : Portal Rasmi MKKK

This entry was posted on Wednesday 11 March 2009 at 11:13 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment