.: Wasiat Ruh :.  

Posted by blog dr.

Syeikh Abu al-Hasan as-Syazuliy Rohimahullah berkata:
“Guruku mewasiatkan kepadaku dan dia berkata: ” Jangan kamu langkahkan kedua kakimu kecuali kamu hanya mengharap balasan dari Allah swt, janganlah kamu duduk kecuali kamu merasa aman dari maksiat kepada Allah swt dan jangan kamu berteman kecuali dia dapat menolongmu untuk ta’at kepada Allah swt

.: MenGaPa ? :.  

Posted by blog dr.

عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء

فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الحكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر

أحب الصالحين ولست منهم * لعلي أن أنال بهم شفاعة -
Aku mengasihi (untuk berdampingan dengan) orang-orang yang soleh sedangkan aku mengetahui (aku bukanlah sebahagian) daripada mereka *
Mudah-mudahan (kehampiranku) bersama mereka akan mendapatkan syafaat jua.

e-mail : ceointerfirdaus@yahoo.com

Malam tadi, Khamis bersamaan 9 September 2008. Kenangan berkunjung ke rumah al-Muhaddith al-Musnid Prof. Dr. Sa’ad Sa’ad Jawisyh hafizahullah.

Pernah mengajar aku dan rakan-rakan sefalkuti lain di tahun tiga lalu. Mengajar kami Hadith.

Beliau salah seorang pensyarah di Jabatan Hadith, Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar (Kampus Utama; Kaherah). Seorang yang masyhur di kalangan para pensyarah al-Azhar di sini. Namun tetap tawadu’, lemah-lembut dan sentiasa merendah diri. Berkali-kali dijemput untuk rancangan radio Mesir. Pernah diundang menghadiri seminar-seminar dan majlis-majlis di Malaysia.

Lebih kurang jam 8.45, pintu rumah beliau diketuk. Kelibat anak beliau kelihatan. Kehadiran kami mengejut, tidak disia-siakan. Menerima kehadiran kami dengan hati yang amat gembira, katanya.

Kami dipersilakan masuk. Wajah sejuk syaikh Hafizahullah kelihatan. Mengingatkan aku pada sabda Rasulullah saw : “Maukah kalian kuberitahu yg terbaik diantara kalian? Mereka apabila dilihat wajahnya akan membuat orang menjadi berzikir dan ingat kepada Allah” (HR Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad). Wajah sejuk itu menyiratkan khusyu dan rendah hati.

Kami terus dijamu dengan makanan dan minuman. Amat peramah, lembut dan menghormati tetamu.

Jam 9.15 malam, kami mendengar sedikit perbahasan ilmiah daripada beliau. Mendengar pengriwayatan hadith. Ijazah ‘Ammah secara “Mukatabah” daripada beliau ku perhatikan. Antara guru-guru beliau yang masih ku ingat:

1-Al-Imam al-Jalil Syaikh al-Hadith Dr. Mustafa Amin at-Tazi Rohimahullah.

2-Al-Imam al-‘Allamah Syaikh al-Hijaz al-Musnid al-fadhil Abu al-Faid ‘Alamuddin Muhammad Yasin al-Fadani Rohimahullah.

3-Al-Imam al-‘Allamah Syaikh ‘Abdullah Siddiq al-‘Ghumari Rohimahullah.

4-Al-Imam al-‘Allamah Syaikh Muhammad Zakiyuddin Ibrahim Rohimahullah.

5-Al-Imam al-‘Allamah as-Sayyid asy-Syarif Prof. Dr. Muhammad b. Alawi al-Maliki Rohimahullah.

6-Al-Imam al-‘Allamah Syaikh al-hafiz at-Tijani Rohimahullah.
Dan banyak lagi …

Mudah-mudahan Allah memberkati beliau dan kita semua.

.: KeNaNgaN SeMaLaM :.  

Posted by blog dr.


Bersama al-Muhaddith Syaikh Muhammad Ibrahim al-Kattani Hafizahullah &
di Perpustakaan Alexandariah


.: IsKanDariAh ~ 7/8 SeP '08 :.  

Posted by blog dr.

Syaikh al-Muhaddith as-Sayyid Muhammad Ibrahim 'Abdul Ba'is al-Kattani al-Masri Hafizahullah. Antara murid senior Syaikh Abdullah bin as-Siddiq al-Ghumari Rohimahullah. Beliau merupakan rakan seguru Syeikh Hassan al-Saqqaf. Mempunyai sanad periwayatan yang kuat kepada Imam al-Bukhari dan Nabi SAW. Pakar dalam ilmu hadis dan Jarh Wa Ta’dil. Banyak mengarang kitab berkaitan akidah dan tasawwuf ke seluruh pelusuk dunia. Pernah dijemput ke Akademi Pengajian Islam UM membentangkan kertas kerja sempena Seminar Pemantapan Akidah, Seminar Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan di Pahang serta jemputan oleh Majlis Silaturrahim Pondok se Malaysia.

.: ZiaRaH SyaiKh MuHammAd IbRahim
'AbDul Ba'is al-KattAni HafiZahuLLaH :.



8 September 2008 (Rabu)


5.30 petang : Keretapi tiba di “Mahattoh Qitor Misr”, Ramsess. Azan maghrib berkemundang. Solat dan pulang.

4.45 petang : Perjalanan melalui sawah padi mengingatkanku bersama ayah dan mak sewaktu umur 5 tahun lalu. Pergi ke sawah menghalau burung-burung. Melihat ayah dan mak membanting padi. Indah ketika itu. Sedih dan amat terharu mengenangkan pengorbanan mereka berdua. Tanpa mereka siapalah aku?

2.50 petang : Keretapi “Faransawi ... Darojah Thaniah Mukayyafah” sudah ada. Kami berlari mencari tempat duduk.

2.30 petang : Menuju ke “Mahattoh Qitor” di sini. Tempah tiket jam 3 petang.

11.30 pagi : Pergi ke “Perpustakaan Alexandaria”. Orang kata, perpustakaan ini merupakan perpustakaan yang terbesar di Africa. Serba canggih dan moden! Ada banyak buku, manuskrip, dan bahan tinggalan sejarah.

11.10 pagi : Kami berjalan menelusuri sepanjang Pantai Iskandariah. Cuaca redup sedikit.

10.50 pagi : Menuju ke “Muntazah”. Kawasan sejarah milik Raja Farouk. Banyak taman. Hujungnya ada Istana Raja Farouk berhinggapsana. Di katakan, perkataan “Muntazah” membawa maksud kawasan larangan.

7 September 2008 (Selasa)

11.30 malam : Makan malam. Sedap ... ketam ada, dan ayam panggang. Selepas makan dan rehat, Syaikh Husni Hafizahullah dan lain pulang. Tetapi kami berlapan tidur di sini.

8.45 malam : Kami semua menuju ke sebuah rumah, hampir di “Muntazah”. Ustaz Azim yang menjemput ke sini.

9.15 malam : Aku bertemu secara peribadi dengan syaikh sebelum pulang. Menerima kepercayaan untuk menterjemahkan semua kitab beliau ke dalam Bahasa Melayu.

7 malam : Kami tiba di rumah Syaikh Muhammad Ibrahim Abdul Ba’is al-Kattani Hafizahullah. Majlis pengriwayatan lebih 30 hadis musalsal dan ijazah ‘ammah di hadapan beliau bermula. Al-hamdulillah, segala pujian yang amat terindah bagiMu wahai Allah. Tercapai jua hasratku selama ini.

5.45 petang : Berkumpul dan bergerak ke rumah Syaikh Muhammad Ibrahim al-Kattani Hafizahullah. Perjalanan mengambil masa setengah jam lebih kurang. Solat dahulu di masjid berhampiran dengan rumah syaikh dan rehat-rehat.

4.30 petang : Syaikh Husni Hafizahullah dan yang lain tiba. Rehat sekejap.

2.50 petang : Kami dibenarkan memasuki kawasan Maqam Nabi Danial di dasar masjid. Sebelahnya, dikatakan Maqam Luqman al-Hakim. Wallahu ‘alam.

2.30 petang : Berjalan-jalan di sekitar Bandar Iskandariah. Sementara menunggu Syaikh Husni Hafizahullah dan yang lain. Pergi ke Masjid Nabi Danial.

2 petang : Tiba di Iskandariah. Pergi ke masjid berhampiran. Solat jamak.

1 petang : Sejuknya keretapi yang kami naiki. Argh!

11.15 pagi : Keretapi bergerak ke Iskandariah. Al-hamdulillah, semua yang dirancang berjalan lancar. Cuma kelam-kabut sedikit. Isyhh ... bukan sikit tapi banyak.

11.05 pagi : Aku, dan tujuh yang lain tiba di “Mahattoh Qitor Kaherah.”

9 pagi : Pergi ke Ramsess. Tempah tiket keretapi “Faransawi Mukayyafah” ke Alexandariah.

7.45 pagi : Aku menelefon rakan-rakanku yang lain. Menanyakan ... mereka mahu ikut serta?

7.30 pagi : Syaikh Husni Hafizahullah telefon. Katanya, hari ini beliau mahu ke rumah Syaikh Muhammad Ibrahim al-Kattani Hafizahullah. Aku kata aku nak ikut.

.

e-mail : ceointerfirdaus@yahoo.com

Ogos 2006 mengingatkan aku kembali pertemuan khusus bersama Syaikh Dr. ‘Umar ‘Abdullah Kamil Hafizahullah di Tahrir.

Pagi itu, sahabat seperjuanganku … Raja Mukhlis menelefonku. Katanya, Dr. Umar berkenan mengadakan pertemuan khusus dengan kita.

Jam 3 petang lebih kurang, aku dengan Faisal (pelajar Morocco) pergi ke rumah Ustaz Abu Zahra’. Di situ lebih kurang 5 orang telah menunggu.

Ustaz Abu Zahra’ keluar dari rumahnya dan kami sama-sama menaiki bas dan metro ke rumah syaikh di Tahrir. Di dalam perjalanan, kami bertemu Syaikh Husni Hafizahullah dan sebahagian yang lain. Kami sama-sama meneruskan perjalanan ke sana. Dipandu oleh Ustaz Abu Zahra’.

Persinggahan metro di Dokki tiba. Kami seramai 18 orang meneruskan perjalanan ke salah sebuah hotel di sini. Tinggi dan Mewah gamaknya.

Pintu rumah beliau diketuk. Kami mula masuk seorang demi seorang menemui syaikh. Kelihatan sedikit uzur, namun tetap melayan tetamu dengan baik.

Awal pertemuan, beliau menghadiahkan kepada kami buku karangan beliau sendiri. Berkaitan akidah dan “Mafahim Yajib An Tusohhah”. Ya, perbahasan yang menarik.

Sempat beliau membahaskan buku "Mukhtasar Syarh Akidah at-Tohawiyah" tulisan beliau. Hampir sejam berlalu, kami dihidangkan dengan makanan berat. Emm … sedap dan kenyang.

Di kesempatan itu, aku cuba mengambil peluang khusus antara aku dengan beliau. Bertanya beberapa rungkaian persoalan. Di akhir pertemuan itu, aku diberikan keizinan dan kepercayaan oleh beliau untuk menterjemahkan segala buku dan hasil tulisannya ke dalam Bahasa Melayu. Pujian terindah bagiMu wahai Allah!

Beliau Hafizahullah dilahirkan di Mekah pada tahun 1371 hijrah.Memperolehi Sarjana Muda di dalam Bidang Ekonomi dan Sains Politik di Universiti Malik Sau`d Riyad pada tahun 1975 masihi. Seterusnya memperoleh Sarjana atau Master di dalam bidang ekonomi Islam di Universiti Karchi Pakistan, di samping memiliki Master di dalam Bidang Ekonomi Islam di Universiti Wales, United Kingdom (UK). Beliau memperolehi Ijazah Kedoktoran atau PHD di dalam Bidang Pengajian Islam di Karachi, Pakistan. Juga memperolehi Ijazah PHD di dalam Bidang Usul Fiqh di Universiti Al-Azhar.
Antara buku karangan beliau ialah:
1-Rukhsah Syariah didalam ilmu usul
2-Fiqh Muamalat menurut pandangan islam
3-Kaedah-kaedah Adab Ikhtilaf
4-Syarah Muktasor Akidah Tohawiyah
5-Mafahim Yajib An Tusohhah

.: FuLL TiMe MusLim :.  

Posted by blog dr.

.: FaLsAfAh MiNanGkaBaU :.  

Posted by blog dr.


e-mail: ceointerfirdaus@yahoo.com

Adat basandi syarak
Syarak basandi Kitabullah
Syarak mangato, adat mamakai
Camin nan tidak kabua
Palito nan indak padam.

Usang usang diperbaharui,
Lapuk lapuk dikajangi,

Berjenjang naik,
bertangga turun,

Yang cerdik tempat bertanya,
yang pandai tempat berguru,

Alang tukang kayu terbuang,
Alang cerdik binasa Adat,
Alang alim rosak agama,
Alang sefaham kacau negeri.

Pesaka kepada lelaki,
Seka kepada perempuan.

Yang elok dipakai,
yang buruk dibuang,

Kalau singkat minta disambung,
kalau panjang minta dikerat,
Kalau koyak minta ditampal,

Ibu Adat muafakat.
Dari nenek turun kemamak,
Dari mamak ke kemanakan,

Patah tumbuh hilang berganti,
Pusaka lama begitu jua,

Adat bersendi hukum,
Hukum bersendi syara',
Syara' mengata adat menurut.

Bulat anakbuah menjadikan Buapak,
Bulat Buapak menjadikan Lembaga,
Bulat Lembaga menjadikan Penghulu (Undang),
Bulat penghulu (Undang) menjadikan Raja.

Raja menobat dalam alamnya (negeri),
Penghulu menobat dalam luaknya (daerah),
Lembaga menobat dalam lingkungannya (mukim),
Buapak menobat pada anak buahnya (kampung dan rakyat),
Orang banyak menobat dalam terataknya (rumahtangga).

Gadang jaan malendo
Panjang jaan malindih

Barek samo dipikua
Ringan samo di jinjiang
Ka bukik samo mandaki
Ka lurah samo manurun
Tatungkui samo makan tanah
Tatilantang samo minum ambun
Kamudiak saantak galah
Kahilia sarangkuah dayuang
Maelo karajo jo usao
Mairik parang jo barani

Budi jan tajua
Paham jan tagadai
Nan kayo iyolah kayo di budi
Nan mulieh iyolah mulieh di basa

Condong mato ka nan rancak
Condong salero ka nan lamak
Rancak di awak
Katuju di urang

Tagak samo tinggi
Duduak samo randah

Nan buto paambuih lasuang
Nan pakak palapeh badia
Nan lumpuah paunyi rumah
Nan binguang disuruah-suruah
Nan cadiak lawan barundiang
Mamakan habih-habih
Manyuruak hilang-hilang

Panakik pisau sirauik
ambiak galah batang lintabuang
silodang ambiak ka niru
nan satitiak jadikan lauik
nan sakapa jadikan gunuang
alam takambang jadi guru

Malangkah di ujuang padang
Basilek di ujuang karih
Kato salalu baumpamo
Rundingan nan banyak bamisalan

Bulek aia kapambuluah
Bulek kato dek mufakat
Bulek baru digolekkan
Tipih baru dilayangkan

Nan merah ialah sago
Nan kurik ialah kendi
Nan indah ialah baso
Nan baik ialah budi

Babeda padang babeda balalang
Babeda lubuak babeda pulo ikannyo
Cupak sapanjang batuang
Adaik salingka nagari

Rasan aia ka aia
Rasan minyak ka minyak
Buayo gadang di lautan
Gadang garundang di kubangan
Nan babungkuih rasan daun
Nan bakabek rasan tali

Lain lubuak lain ikannyo
Lain padang lain belalalngnyo
Lain nagari lain adatnyo

Baadat sapanjang jalan
Bacupak sapanjang batuang



.: RaYe PerTaMa :.  

Posted by blog dr.

Allahu Akbar ... 1 Syawal dah menjelma ~
Aku dan empat sekawan beraya di Zaqaziq. Bermalam di rumah Syaikh Husni Hafizahullah sejak semalam.
Malam tadi, sempat kami menerima sejumlah ijazah yang banyak secara munawalah daripada beliau.

Jam 2 pagi, aku menelefon keluargaku di Malaysia. Sayunyer ... Emak yang angkat telefon, pas tu ayah ... dan yang lain. Kak/ Bang Tik n keluarga, kak/ bang Teh sekeluarga ade. Semua nak pergi sembahyang raya dah. Emm... Best nyer... Kak Kak Cik n family balik malam ni.

Jam 2.30 pagi ... bincang2 sikit dengan Syaikh Husni...

Kalau diizinkan, kami rancang ingin berjumpa dengan Syaikh Dr. Muhammad Said Mamduh Hafizahullah dan Syaikh Ahmad Saad Badran Hafizahullah esok hari. Mendapatkan musalsal aidilfitri. Tapi, tak sampai hati. Coz Syaikh Husni demam dan kakinya sakit.

Jam pukul 3.15 pagi ... tidur sekejap.

Jam 4.30 pagi ... bangun Subuh.
Siap2 pergi masjid jam 5.30 untuk solat raye. Ramai nyer. Penuh masjid kat Syari' Qaumiah ni.

Jam 7 pagi, pergi ke DPM Zaqaqig. Syaikh Husni Hafizahullah baca hadith musalsal bil awwaliah, bil mahabbah dan aidilfitri. Ade program sampai jam 12.15, aku dah tak larat. Ngantuk nyer ... Kami rancang2 nak balik terus ke Kaherah.

Jam 3.15 petang, tiba di Kaherah. Pulang ke RNSK. Pegawai buat rumah terbuka. De lontong dan mafrum bil makrona.

Jam 6 malam, syaah 7 buat rumah terbuka. Terharu rasanya. Tengok adik2 berkumpul. Pas ni, ada program RNSK di Musolla.

Jam 1 malam, pergi ke rumah Bukhori. Wat prepare utk majlis besok hari.

.: RaYe KeDua .  

Posted by blog dr.

Hari ni, 2 Syawal ... raya kedua.
Kami rancang nak buat majlis makan-makan sikit. Start pagi .. mula mencucuk satay yang sudah diperam sejak malam tadi.
Selepas itu, potong-potong bahan untuk buat lontong ~ kuah kacang ~ air koktel ~
Emm ... hidupkan api arang >> dan bakar satay ... Jam 3 petang, alhamdulillah. Semua setle. Kami makan sama-sama. Argh ... kenyangnye. Itu pun masih berlebih gi.

Ni lontong ~ campur2 ~ de ayam ... carot ... kobis ...


Kuah kacang ... siappp ~ best ... emm yum yum >>>

Yes! Settle wat koktel >> de susu ~ buah epal ~ anggur ~ pisang ~ jagung kisar ~ kacang kisar ... tu kat atas tu ...
Hmm ... tgh bakar satay ni ... best coz besar sikit ~ makan 5 cucuk pun dh kenyang

Emm ~ dah siap pun dah ... alhamdulillah >
Bile nak makan ni? Wat satay ... lontong ... kuah kacang ... nasi ~ air koktel ... ek ek ... yum