Letupan di dataran Husain  

Posted by blog dr.


لا تعليق

Majlis Perpisahan  

Posted by blog dr.

JASAMU DIKENANG

Diraikan:
Us. Hj. Azhari b. Yaacob
Warden
Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah

Tarikh:
24 Januari 2009

Hari:
Selasa

Jam:
7.30 malam

Tempat:
Malaysia Hall of Abbasia, Cairo

Pembentangan Tesis Master (Pelajar Malaysia)  

Posted by blog dr.

MUNAQASYAH RISALAH MAJISTER

Oleh:
Us. Ayub b. Muhammad b. Daud
Jabatan Balaghah dan Kritikan Sastera
Fakulti Bahasa Arab
Universiti Al-Azhar
Kampus Utama (Kaherah)


Tarikh:
25 Febuari 2009

Hari:
Rabu

Jam:
2 petang

Tempat:

Mudarroj Hamrusyh
Fakulti Bahasa Arab
Universiti Al-Azhar
Kaherah

j u j u r  

Posted by blog dr.

Melalui lorong sempit di Jabal Masakin itu, membuatkan aku gelisah seketika. Sibuk dengan lautan manusia, berbecak dan bising. Aku tak tahu kenapa aku ke sini. Mungkin dorongan hati?

Kakiku terus melangkah ke sebuah rumah usang, tercorok di hujung jalan. Hatiku terus berdegus kenapa harus aku ke sini? Aku disapa dengan rintihan tua, intip-intip dengar melalui celah jendela. Ini kata-katanya, terjemahan lebih kurang begini:

"Hidup kena jujur.
Jangan khianat, nanti kecewa
Orang jujur terserlah pada tindakan
Kehidupan tersusun
Semua makhluk suka
Selalu jujur pada tuhan
Pertahankan pertahankan

Redha
Itu tanda kehambaan
Buat apa nak pertikai?
Kita bukan tuhan
Dia yang Maha Mengetahui
Jangan biadap
Kenapa nak ajar tuhan?
Yang penting kene berusaha
Dia yang menentukan
Kecewa tak timbul
Kalau kita fikir ia daripada tuhan

Tuhan Maha Penyayang"

Cara Nabi Bersahabat  

Posted by blog dr.

Sayyiduna Hasan b. 'Ali rodiallahu'anhu menceritakan, bahawa Sayyiduna Husain Rodiallahu'anhu berkata: "Aku bertanya kepada ayahandaku (Sayyiduna 'Ali b. Abi Tolib Karramallahu Wajhah Rodiallahu'anhu) tentang akhlak Baginda Sollallahu 'Alaihi Wasallam dengan sahabat-sahabatnya. Ayahandaku berkata:

Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam adalah orang yang sentiasa bermanis muka, lembut budi pekertinya, seorang yang tawadhu', tidak bengis, tidak kasar, tidak meninggikan suara, tidak menjerit-jerit di pasar, tidak melakukan perbuatan dan percakapan yang keji, tidak suka mencela, dan tidak kedekut.

Baginda tidak mencela apa yang tidak disenanginya dan tidak mensia-siakan harapan orang yang meminta pertolongan daripadanya serta tidak menghampakan mereka.

Baginda Sollallahu 'Alaihi Wasallam menghindari dirinya daripada tiga perkara;
berbantah-bantahan, banyak bercakap serta berlebihan mengumpulkan harta dan sibuk dengan perkara yang tidak penting baginya.

Baginda Sollallahu 'Alaihi Wasallam menghindari manusia daripada tiga perkara, yang mana Baginda Sollallahu 'Alaihi Wasallam tidak mencela seseorang, tidak menjatuhkan maruah orang lain dan tidak mencari aib orang lain.

Baginda Sollallahu 'Alaihi Wasallam tidak berbicara melainkan perkara itu ada kebaikannya. Apabila baginda Sollallahu 'Alaihi Wasallam berbicara, semua orang di dalam majlisnya tunduk, seolah-olah kepala mereka dihinggapi burung. Apabila baginda Sollallahu 'Alaihi Wasallam diam, barulah mereka berbicara. Mereka tidak saling berbantah-bantahan di sisinya. Apabila ada yang berbicara di sisinya, mereka diam mendengar apa yang dikatakan, hinggalah orang itu selesai. Orang yang pertama bercakap dengan baginda Sollallahu 'Alaihi Wasallam ialah orang yang pertama datang ke majlisnya.

Baginda Sollallahu 'Alaihi Wasallam ikut ketawa apa yang mereka ketawakan dan ikut ta'ajub dengan apa yang mereka ta'ajubkan.

Baginda Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabar berhadapan dengan orang-orang asing yang terkadang bersikap kasar dalam perkataan dan permintaannya, sehingga sahabat-sahabatnya mengharapkan kedatangan orang asing seperti itu, kerana daripadanya, mereka mendapat manfaat.

Baginda Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda; apabila kalian melihat orang yang mempunyai hajat, maka bantulah dia.

Baginda Sollallahu 'Alaihi Wasallam tidak suka menerima satu pujian kecuali menurut apa yang sepatutnya.

Baginda juga tidak suka memutuskan perbicaraan seseorang kecuali orang itu melampaui batas, iaitu dengan melarangnya (daripada terus berbicara) atau pun bangun meninggalkannya."

` sila rujuk Mukhtasor asy-Syamail al-Muhammadiah, bab 45, Budi Pekerti Rasulullah, hadith 277, oleh al-Hafiz Muhammad b. 'Isa b. Sauroh at-Tirmizi Rohimahullah.

Diri Kunci Kebaikan?  

Posted by blog dr.

Sayyiduna Muhammad SAW menyebut:
"... maka untung sekali bagi seorang hamba yang telah dijadikan oleh Allah sebagai anak kunci kepada kebaikan, penutup bagi kejahatan. Celakalah bagi seorang hamba yang menjadi anak kunci bagi kejahatan, penutup bagi kebaikan."

` Hadith Ibnu Majah.

Indah hidup bagi penyeru kepada Allah, bukan kepada diri sendiri. Model kebaikan, walau pun tidak berbicara. Terzahir pada perbuatan dan tindakan. Tidak terpesona pada sebarang pujukan. Yang penting sampai tujuan, untuk tuhan.
Sebagai jalan yang meyampaikan tujuan kebaikan, walau hanya sampai ke halaman. Tidak seperti duri semalu dirumput, dipijak sakit.

` sila rujuk buku 40 hadith kelebihan ilmu dan ulama', susunan KH. Muhammad Syukeri al-Banjari.




Samuel Huntington  

Posted by blog dr.

The fundamental source of conflict in this new world will not be primarily ideological or primarily economic. The great divisions amoung humankind and the dominating source of conflict will be cultural. The clash of civilisation will dominate global politics.

~ Jurnal Foreign Affairs.

Aku ~ Dirimu  

Posted by blog dr.

Mungkin merpati berlagu di pagi hari
Mempunyai kesedihan, berlagu di dahan
Mengingati kekasih serta zaman keindahan
Menangis sedih serta menghitung kesedihanku

Mungkin tangisanku menyayanginya
Mungkin tangisannya juga menyayangiku
Aku mengadu tetapi tidak difahaminya
Engkau juga mengadu tetapi tidak difahami olehku
Hanya dengan kerinduan aku mengenalinya

pinjaman kata2: Abul Husain an-Nuri, buku "Haqoiq 'Anit Tasawwauf, oleh Syeikh 'Abdul Qodir 'Isa Rohimahullah.

Hati-hati ~ Bahaya  

Posted by blog dr.

Ibnu Majah menaqalkan hadith Baginda Sayyiduna Rasulillah SAW, diriwayatkan oleh Sayyiduna Abu Hurairah:

Akan datang kepada manusia beberapa tahun ditimpa kemarau,
orang yang berdusta dipercayai dan orang yang benar didustai.
Orang yang khianat diberikan amanah dan orang yang amanah dikhianati.
Akan berbicara pada zaman tersebut Ruwaibidhah.
Rasulullah SAW ditanya, "Apakah Ruwaibidhah?"
Jawab Baginda SAW, "Lelaki yang kurang ilmu,
tetapi berkata mengenai urusan umat."


~ Keterangan lanjut, sila rujuk Buku "Intabih Dinak Fi Khotor", karangan al-'Allamah Abu 'Abdullah 'Alawi al-Yamani

Adab bersama Nabi  

Posted by blog dr.

RAHSIA DI SEBALIK PENUBUHAN MADRASAH DI AL-'UTAIBIYAH

Semasa Sayyid Muhammad b. 'Alawi al-Maliki Rohimahullah bermusafir ke Indonesia, pada tahun 1394 Hijriyyah, beliau berkesempatan bersama-sama dengan sejumlah para ulamak dan masyaikh di sana, antaranya ialah al-'Allamah Habib 'Ali b. Husin al-'Attas.

Mereka telah meminta kepada Sayyid Muhammad Rohimahullah supaya membuka sebuah madrosah untuk anak-anak mereka di Makkah. Menghidupkan pengajian ilmu dan amalan-amalan masyaikh terdahulu, yang mengikut landasan Ahlu Sunnah wal Jama'ah. Mereka bimbang anak-anak mereka akan menjadi pengikut kepada pendakwah Komunis, apabila dihantar ke Hadromaut, yang ketika itu di bawah jajahan Komunis.

Pada zahirnya beliau bersetuju. Namun jauh hatinya berkata, beliau hanya akan membuka madrosahnya apabila ia mendapat berita atau persetujuan daripada Rasulullah SAW. Bahkan beliau juga memohon kepada Allah, supaya Rasulullah dan Sayyidatuna Fatimah RA menjadi pengurus dan musyrif madrosah tersebut, apabila ia dibuka nanti. Beliau juga berdoa agar pelajar keluaran madrosah itu nanti, dikurniakan futuh oleh Allah dalam urusan dunia dan akhirat.

Kemudian, beliau kembali ke Makkah tanpa memberitahu isi hatinya. Kebetulan pada waktu itu, Syeikh 'Abdullah as-Sudani datang ke Makkah. Beliau merupakan salah seorang yang dapat berhimpun dengan Baginda SAW secara yaqozoh.

Ketika menunaikan tawaf di Baitullah, beliau melihat Rasulullah SAW datang dari pintu al-Malik. Beliau segera menuju kepada Baginda SAW dan mengucup tangan Baginda SAW yang mulia itu. Baginda SAW bersabda yang mafhumnya; Beritahu anakku Sayyid Muhammad al-Maliki, supaya dia melaksanakan apa yang difikirkan di dalam hatinya.

Sebelum itu, beliau tidak kenal Sayyid Muhammad. Maka beliau pun berjalan-jalan di tiang-tiang Masjidil Haram untuk bertanya kepada orang yang mengenali Sayyid Muhammad. Lalu beliau bertemu dengan seseorang lelaki daripada Syanqiti bernama 'Abdul 'Aziz. Kedua-duanya saling bertanya-tanya tentang Sayyid Muhammad, sehinggalah mereka bertemu dengan Syeikh 'Abdullah Dardum. Beliau memakai serban yang dikenali sebagai Ghubanah, serban khusus bagi penduduk Makkah.

Mereka pun bertanya kepadanya dan menceritakan pesanan Rasulullah kepada Sayyid Muhammad. Akhirnya, Sayyid Muhammad ditemukan. Syeikh 'Abdullah Dardum menceritakan segala-galanya kepada Sayyid Muhammad.

Kemudian Sayyid Muhammad menceritakan hasratnya yang selama ini terpendam di dalam hatinya. Syeikh 'Abdullah Dardum lantas menangis lalu berkata; Aku akan menjadi orang yang pertama akan membantumu membuka madrosah tersebut.

Ruj.: Manaqib Tiga Permata Masjidil Haram, karangan Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al-Maliki Hafizahullah.

s a y a n g  

Posted by blog dr.

~ Bismillah ~

Seseorang itu tidak akan mengasihi melainkan orang yang sejenis dengannya. Tidak menyayangi melainkan terhadap orang yang mempunyai kemesraan dengannya. Syeikh Ibnu 'Atoillah as-Sakadari rohimahullah di dalam bukunya At-Taufiq Fi Adabit Toriq, menggambarkan betapa perasaannya yang amat mengasihi kaum ahlullah.

Mereka merupakan kaum yang akhlak mereka adalah mulia dan himmah mereka adalah besar. Di mana sahaja mereka duduk, akan kekal kesan-kesan hembusan wangian mereka di tempat terebut dengan jelas. Di mana sahaja mereke tujui, akan terbit matahari ma'rifah mereka. Jauh dari fitnah-memfitnah, dengki-mendengki dan membunuh sekalipun. Dunia bukan semata-mata, bahkan akhirat tempat kekal selama-lamanya. Siapalah aku dan bagaimana orang sepertiku ini hendak bergaul mesra dengan mereka.

Qosidah ar-Raaiyyah, nukilan Syeikh Abu Madyan al-Ghauth Rohimahullah menyebut:
Bilakah aku akan melihat mereka dan bagaimanakah aku layak melihat mereka;
Dan siapakah aku di teliganya layak untuk mendengar pengkhabaran daripada mereka;
Siapalah aku dan bagaimanakah orang seperti aku yang layak bergaul bersama mereka;
Di atas hidangan yang tidak bercampur dengan sebarang kotoron;
Aku mengasihi mereka.

Bagaimana mendamba kasih, pertolongan ... sedangkan diri jauh menyayangiNya? Syeikh 'Abdul Qodir al-Jilani Rohimahullah menyebut;
Saudara-saudaraku! Aku tidak sampai kepada Allah dengan sebab bangun malam, atau puasa pada siang hari, atau mengajar ilmu, tetapi dengan sifat pemurah, tawadhu' dan hati yang sejahtera.

"Aku tidak sekali-sekali meninggalkan pintu ini, sehinggalah kalian membaiki ketempanganku;
Dan menerima keaibanku serta kekuranganku;
Jika kalian redha, maka alangkah mulia dan tingginya kedudukanku;
Tetapi jika kalian enggan menerimaku, maka kepada siapakah lagi aku hendak harapkan; lantaran maksiatku"

Wasiat Syeikh 'Abdul Qodir Rohimahullah  

Posted by blog dr.

Bismillah ~ assalamu'alaikum ...

Aku tersentuh dengan buku "Futuhul Ghaib", yang menghimpunkan beberapa syarahan Syeikh 'Abdul Qodir al-Jilani rohimahullah.

Dalam syarahan beliau yang ketiga puluh tiga, menyebut yang mafhumnya:
"Ada empat jenis manusia. Satu jenis ialah mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati. Mereka berotak tumpul, berjiwa kerdil, tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih-sayangNya. Dibimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan anggota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah. Berhati-hatilah kamu supaya tidak termasuk dalam golongan ini. Kita minta dilindungi Allah daripada pengaruh mereka.

Satu jenis lagi manusia ialah mereka yang ada lidah, tetapi tidak ada hati. Mereka bijak bercakap, tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapnya. Mereka mengajak manusia menuju Allah, tetapi mereka sendiri lari daripada Allah. Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumang dalam maksiat itu. Mereka menunjukkan kepada orang lain bahawa mereka itu soleh, tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa besar. Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian. Inilah orang-orang yang dikatakan Nabi SAW mafhumnya; Yang paling ditakuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang alim yang jahat. Kita berlindung kepada Allah daripada orang alim seperti itu. Hindari daripada orang-orang seperti itu. Jika tidak, kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manisnya yang bijak berbicara dan api dosanya akan membakar kamu serta kekotoran hatinya akan membunuh kamu.

Jenis yang ketiga ialah golongan yang mempunyai hati, tetapi tidak mempunyai lidah dan dia seorang yang beriman. Allah mendindingkan mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya. Memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka. Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerana banyak bercakap. Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak di dalam diam. Baginda SAW menyebut lagi yang mafhumnya; Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri daripada sepuluh bahagian. Sembilan daripadanya terletak di dalam diam. Mereka ini termasuk di dalam golongan orang-orang yang diberikan rahsiaNya, dilindungi serta diberi keselamatan, bijaksana, diberkati dengan keredhaanNya, dan segala yang baik diberikan kepada mereka. Oleh itu, hendaklah kamu berkawan dan bergaul dengan orang-orang seperti ini. Berilah pertolongan kepada mereka. Semoga kamu dikasihi Allah.

Jenis yang keempat ialah mereka yang diajak kedunia yang tidak nampak, diberikan pakaian kemuliaan seperti sabda Nabi SAW, mafhumnya; Barangsiapa yang belajar dan mengamalkannya serta mengajarkannya kepada orang lain, maka dia akan diajak ke dunia ghaib dan dimuliakan. Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu kerohanian yang tinggi. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga. Diberikan rahsia-rahsia yang tidak diberikanNya kepada orang lain. Dipilih untuk menghampiriNya. Hati mereka dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsiadan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuannya. Mengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu ahlullah. Mereka mendapat bimbingan yang benar. Hati-hatilah kamu supaya tidak memusuhinya.

Jadi, saya telah bahagi-bahagikan manusia itu kepada empat golongan. Sekarang terpulang kepada kamu untuk memeriksa diri kamu sendiri. Selamatkanlah diri kamu jika inginkan keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju apa yan dikasihiNya dan diredhaiNya. Dalam dunia ini dan di akhirat kelak.


sila rujuk Futuhul Ghaib oleh Syeikh 'Abdul Qodir al-Jilani,
terjemahan buku Pembuka Kepada Yang Ghaib oleh 'Abdul Majid b. Hj. Khatib