hati terbuka  

Posted by blog dr.

Aku tulis bukan mencari publisiti, sekadar menyampai pesanan guru kami:
Murid-muridku sekalian. Dengar dengan hati terbuka. Mudah-mudahan kita semua beroleh rahmat daripada Allah Subhanhu Wata'ala jua. Allah Maha Melihat dan Menghitung segala gerak-geri kita! Setiap nafas yang keluar masuk akan ditagih tanggungjawab kita kepadaNya. Jangan lalai dan leka.
Allah tidak pernah minta upah kepada kita dari hujan yang turun, malam siang yang silih berganti dan udaranya. Cuma yang diminta untuk menjadi hamba yang taat setia padanya.
Allah tidak rugi kalau kita tiada, namun belas kasih rahmatnya menginginkan kita hidup mengejar status kehambaan di sisinya.
Allah sediakan semua untuk kita, tapi kita buat tak endah padaNya? Layakkah kita bergelar hamba? Kalau begitu apa beza kita dengan ciptaannya yang lain? Sedangkan Allah telah naikkan taraf kita manusia sebagai khalifah di alam semesta.
Sibuk dengan kerja, anak pinak dan kamu pula dengan ilmu. Tapi kalau tidak disandarkan perbuatan kerana Allah, ia tetap tidak berguna.
Bila lagi kita nak sedar? Ingatlah kerana Allah, kerana Allah .. kamu tidak akan menyesal selama-lamanya. Belajar kerana Allah, berkawan kerana Allah, berpersatuan kerana Allah, berpolitik kerana Allah dan segala-galanya kerana Allah. Hati pasti tenang. Tindakan kamu jua tenang. Tidak kelam-kabut dan melatah kata. Fikiran tenteram. Darah dan nafas berterusan mengingati Allah, walau kamu sibuk bagaimana sekalipun. Maka hati menjadi lembut, takut melakukan yang dilarang, walau tiada sesiapa yang memandang.

video baru .: mesir > malaysia  

Posted by blog dr.