Bahana Perbuatan  

Posted by blog dr.

Tidak kira siapa kita
Penulis yang hebat
Penghujah yang dikagumi
Pemimpin yang digeruni
Pembimbing yang ditaati
Atau hamba yang mengharapkan tuhannya

Zaman akan berlalu
Masa akan dihitung
Semua yang dipertanggungjawabkan
Akan dipersoalkan

Renungi perjalanan KEKASIH terdahulu
Berfikir-fikir dalam bicara
Berhati-hati dalam menulis
Perbuatan dan gerak-gerinya
Diteliti

Supaya menyukakannya
Di akhirat kelak

Hidup Bersama Ilahi  

Posted by blog dr.

Sumber: http://puteraazhari.blogspot.com/

Bening hati melihat kebesaran Allah Taala, melihat ciptaan kejadian makhluk yang teramat unik. Alam terbentang luas tanpa hadir rasa pertelingkahan pada sebuah sunnatullah, semua akur pada takdir dengan memberi ikrar taat setia. Setiap saat dan detik memperagakan aksi tersendiri, seolah-olah telah lama menekuni sebuah skrip dan dialog drama, tiada rasa kaku dan kekok padanya tika beraksi di hadapan layar dunia, cukup indah.

Alangkah indahnya jika setiap saat dalam hidup kita dapat dilalui dengan perasaan bahawa diri ini, sering diperhatikan. Melindungi diri daripada melakukan kesilapan yang kelak akan dipertanggungjawabkan di hadapan Tuhan. Utaian manik luhurnya akhlak menghiasi diri seperti bintang-bintang menghiasi cakerawala. Namun, mesti lebih indah, kalau setiap masa dan ketika kita diperhatikan dan dapat memerhatikan Allah Taala.

Terlalu banyak cabaran dalam hidup ini. Kadang-kadang tanpa kita sedari, kita lupa dan alpa, bahawa Allah Taala juga yang sebenarnya memberikan halangan itu, supaya kita check balik, dan perbaiki kelemahan diri. Kita bersetuju, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Menekuni hikmah, serta bersedia belajar sesuatu selepas itu, kewajaran yang tiada taranya. Kita bersedia untuk berubah dan mengubah keadaan. Tidak akan berlaku buat kali seterusnya.

Kadang-kadang Allah Taala patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita. Allah Taala patahkan hati kita untuk membuatkan hati kita bersemangat. Allah Taala memberi kita sakit supaya kita menjadi kuat. Allah Taala memberi kita kegagalan untuk membuatkn kita rasa rendah diri. Allah Taala menghantar penyakit pula, adalah supaya kita boleh belajar menghargai segala nikmat yang diberi oleh-Nya.

Anda sedang berjual di sebuah gerai di Pasar Tani. Ramai orang melintas gerai anda, menoleh dan terus berlalu tanpa membelek, apatah lagi membeli. Tiba-tiba datang seorang ke gerai anda dan dia berkata;

“saya tak suka barang awak sebab cara awak susun memeningkan saya”

Anda mungkin terkelat-kelat muka, tetapi anda faham komen tersebut, dan boleh mengambilnya sebagai pengajaran dan cabaran untuk meningkat maju.

Tetapi bagaimana kalau ketika anda sibuk melayan pelanggan. Tiba-tiba datang seseorang ke gerai anda dan terus berkata;

“saya tak suka barang-barang awak”

Kemudian dia terus pergi meninggalkan anda terkulat-kulat keseorangan. Apakah yang akan terjadi kepada diri anda ketika itu? Rasa ingin berubah kerana orang tidak suka mungkin tidak kesampaian, kerana diri tidak pernah tahu, dan mengerti di manakah kelemahan yang dimaksudkan tadi.

Walau dalam keadaan apa sekalipun, jangan biasakan diri untuk mematikan idea orang lain tanpa memberi alternatif kepada idea tersebut. Beradabkan lebih baik, dan tidak punya masalah.

Bagaimana dengan seorang insan yang bekerja sepanjang hari, hingga hampir tiada kerja yang perlu dilakukan. Oleh kerana tidak suka membuang masa, beliau lebih gemar habiskan masa dengan melayari internet. Hanya menunggu telefon berdering dan satu, dua pekerjaan yang dilakukan setiap hari. Sekiranya ada tugasan pasti akan dibereskan sebaik mungkin.

Setiap kali ada kursus dan sebagainya, beliau tidak pernah claim perjalanan, overtime dan sebagainya. Ini adalah untuk recharge semula dengan apa yang dipakainya semasa di pejabat. Beliau cuba untuk tidak menggunakan phone office, sebaliknya .Namun hati manusia sering berbolak-balik, sesekali terbabas juga gunakan telefon office untuk menelefon ke pejabat kerajaan atas tujuan peribadi.

Itulah, dalam beringat pun kadang-kadang memang terbabas atau ‘membabaskan’ diri. Ada juga terfikir untuk kerja sendiri supaya hasil yang diperolehi adalah bersih dan lumayan. Terbabas dalam konteks menjaga kepentingan bersama, tidak menjadi suatu masalah, tapi andai untuk menjaga kepentingan peribadi, kena-kena beringat sedikit. Kalau baik, tidak mengapa, namun kita sering mengundang hal sebaliknya.

Namun ingat, sekali anda terbabas leka melakukan maksiat, CCTV Allah Taala tidak pernah sirna atau leka seperti anda dari terus memerhati gelagat buruk anda. Matlamat menghalalkan cara, bukan itu caranya. Awas!

“Hidup Kita Bersama Ilahi”

Persefahaman dan Perselisihan?  

Posted by blog dr.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan bahawa sesungguhnya, inilah jalanKu (Agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, dengan demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa." (Surah al-An'am, ayat 153)

Sayyiduna Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang mafhumnya: "Sesungguhnya aku telah tinggalkan kamu (akan agama kamu) dalam keadaan terang-benderang, malamnya seperti siang, tidak tergelincir darinya setelah ketiadaanku kecuali yang celaka, dan barangsiapa yang hidup daripada kamu (pada akhir zaman), maka dia akan melihat banyak perselisihan pendapat, maka hendaklah kamu mengikut apa yang kamu ketahui daripada sunnahku dan Sunnah al-Khulafak ar-Rosyidin yang terbimbing ... "

Islam sebuah agama yang amat indah. Sifat kasih-mengasihi dan sayang-menyayangi sebagai tanda kehambaan kepada Allah SWT. Kebenaran diutamakan, tanpa mengira siapa kita. Kepelbagaian fikrah diterima, selagi mana ia tidak melanggar usul agama yang suci ini. Secara dasarnya, kepelbagaian pandangan sesama kita, tidak bertentangan dengan wujudnya konsep satu kebenaran, berlandaskan al-Quran dan Sunnah.

Namun persoalannya, mengapa masih terdapat lagi tuduhan bahawa kita golongan yang tidak toleran dan anti pluraliti? Dan mengapa apabila golongan Islamis memperjuangkan kebenaran Islam, mereka juga dituduh monolitik, tidak toleran dan fanatik? Adakah silapnya manhaj dakwah yang kita bawa? Lantas kita sendiri menjadi penyebab kepada hancurnya pandangan masyarakat terhadap Islam? Persoalan seperti ini tidak boleh diambil ringan (taken for grated) oleh kita sebagai al-azhari.

Ya, kita menyokong keterbukaan, tapi ini tidak bermakna kita mendukung subjektivisme atau relativisme! Islam menerima kepelbagaian pendapat, sebagai suatu yang lumrah kerana manusia diciptakan dengan kemampuan dan tahap keilmuan yang tidak sama.

Sejarah mencatatkan kepada kita bahawa Islam adalah agama yang sangat toleran. Sehingga penganut agama Yahudi dan Nasrani dapat hidup aman dan damai di bawah pemerintahan Islam. Sistem pemerintahan Islam pada zaman al-Khulafak ar-Rosyidin menunjukkan para khalifah tidak bersikap despotik.

Dewasa ini, kita melihat beberapa konsepsi yang salah terhadap para ulamak. Biasanya seorang ulamak itu diukur dengan title dan sijil yang dipegangnya. Ramai yang merasa dirinya seorang ulamak, walhal pengetahuannya tidak seberapa. Ada yang mempunyai pengetahuan yang tinggi, tetapi akhlaknya rendah. Mengkritik dan menghina tanpa usul kebenaran menjadi santapan harian.

Sememangnya, banyak perkara yang perlu diperbaiki. Mengajak manusia kepada Allah dan bukannya kepada diri sendiri.