Persefahaman dan Perselisihan?  

Posted by blog dr.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan bahawa sesungguhnya, inilah jalanKu (Agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, dengan demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa." (Surah al-An'am, ayat 153)

Sayyiduna Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang mafhumnya: "Sesungguhnya aku telah tinggalkan kamu (akan agama kamu) dalam keadaan terang-benderang, malamnya seperti siang, tidak tergelincir darinya setelah ketiadaanku kecuali yang celaka, dan barangsiapa yang hidup daripada kamu (pada akhir zaman), maka dia akan melihat banyak perselisihan pendapat, maka hendaklah kamu mengikut apa yang kamu ketahui daripada sunnahku dan Sunnah al-Khulafak ar-Rosyidin yang terbimbing ... "

Islam sebuah agama yang amat indah. Sifat kasih-mengasihi dan sayang-menyayangi sebagai tanda kehambaan kepada Allah SWT. Kebenaran diutamakan, tanpa mengira siapa kita. Kepelbagaian fikrah diterima, selagi mana ia tidak melanggar usul agama yang suci ini. Secara dasarnya, kepelbagaian pandangan sesama kita, tidak bertentangan dengan wujudnya konsep satu kebenaran, berlandaskan al-Quran dan Sunnah.

Namun persoalannya, mengapa masih terdapat lagi tuduhan bahawa kita golongan yang tidak toleran dan anti pluraliti? Dan mengapa apabila golongan Islamis memperjuangkan kebenaran Islam, mereka juga dituduh monolitik, tidak toleran dan fanatik? Adakah silapnya manhaj dakwah yang kita bawa? Lantas kita sendiri menjadi penyebab kepada hancurnya pandangan masyarakat terhadap Islam? Persoalan seperti ini tidak boleh diambil ringan (taken for grated) oleh kita sebagai al-azhari.

Ya, kita menyokong keterbukaan, tapi ini tidak bermakna kita mendukung subjektivisme atau relativisme! Islam menerima kepelbagaian pendapat, sebagai suatu yang lumrah kerana manusia diciptakan dengan kemampuan dan tahap keilmuan yang tidak sama.

Sejarah mencatatkan kepada kita bahawa Islam adalah agama yang sangat toleran. Sehingga penganut agama Yahudi dan Nasrani dapat hidup aman dan damai di bawah pemerintahan Islam. Sistem pemerintahan Islam pada zaman al-Khulafak ar-Rosyidin menunjukkan para khalifah tidak bersikap despotik.

Dewasa ini, kita melihat beberapa konsepsi yang salah terhadap para ulamak. Biasanya seorang ulamak itu diukur dengan title dan sijil yang dipegangnya. Ramai yang merasa dirinya seorang ulamak, walhal pengetahuannya tidak seberapa. Ada yang mempunyai pengetahuan yang tinggi, tetapi akhlaknya rendah. Mengkritik dan menghina tanpa usul kebenaran menjadi santapan harian.

Sememangnya, banyak perkara yang perlu diperbaiki. Mengajak manusia kepada Allah dan bukannya kepada diri sendiri.

This entry was posted on Thursday, 14 May 2009 at 11:21 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 comments

assalamualaikum...keffak ya sodiq 3aziz???mcm2 nk tnya sbnrnye ni..huhu...xpela..klu de joki jumpa la kite ye...:)

20 May 2009 at 17:07

Post a Comment