Mendengar Hadith Musalsal  

Posted by blog dr.

Jam 10 pagi:
Pergi Rumah Penang, Hayyu Sabiek, Madinah Nasr. Ada Majlis Bacaan Hadith Musalsal. Termasuk Awwaliah, Yaum 'Asyura', Ta'mim bil 'Imamah, Bissufiah, Bilhasan, Biqaul Fi 'Uzlah Salamah dan Bikulli Rowin Min Balad. Disampaikan oleh al-Musnid Syeikh Muhammad Husni Ginting al-Langkati al-Azhari asy-Syafie Hafizahullah. Menggunakan kitab beliau; "Al-Aayat al-Mufassolat Fi al-Ahadith al-Musalsalat".

Sekitar jam 1 petang:
Kami mendengar Bacaan Hadith Musalsal Yaum 'Asyura daripada al-'Allamah al-Musnid Syeikh Dr. Usamah Sayyid al-Azhari Hafizahullah melalui "handset".

Sekitar jam 3.45 petang:
Mendengar Bacaan Hadith Musalsal Yaum 'Asyura' daripada al-Muhaddith Syeikh Muhammad b. Ibrahim al-Kattani Hafizahullah, juga melalui "handset".

Sekitar jam 4 petang:
Ziarah al-'allamah al-Muhaddith al-Musnid Syeikh Dr. Mahmud Said Mamduh Hafizahullah di rumah beliau, Nadi Sikkah, Kaherah. Juga mendengar Bacaan Hadith Musalsal Yaum 'Asyura' dan ijazah 'ammah. Juga menerima ijazahnya secara mukatabah. Pujan bagi Allah!

This entry was posted on Wednesday, 7 January 2009 at 08:29 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment