.: Terkadangku Fikir :.  

Posted by blog dr.

Assalamualaikum .... sahabat2 seimanku sekalian
Mudah2an kita semua dirahmati oleh Allah hendaknya ...
Hanya Allah jua yang tahu betapa hati ini kasih kepada kalian.

Aku punyai beberapa kisah untuk kita berkongsi bersama:
~ Andainya aku pulang dari Mesir ke Malaysia, kampungku punyai majlis keramaian esok harinya. Ketua kampung dijemput untuk merasmikan majlis tersebut. Tiba-tiba dia berjumpa denganku, "Firdaus! Engkau ganti pak cik rasmikan majlis esok hari yer"
Isyy .. Tuhan jer tahu betapa bangganya aku ketika itu menjadi wakil kepada ketua kampung.
~Andainya bila aku tiba di Malaysia, esoknya ada Hari Kebangsaan. Tiba-tiba MB Negeri Sembilan telefon aku, "Firdaus! Esok I kene bagi ucapan perasmian Perarakan Hari Kebangsaan. Tp. I tak dapat datang. You gantikan i yer"
Isyy .. Tuhan jer yang tahu betapa bangganya aku ketika itu menjadi wakil kepada MB.
~Andainya bile aku pulang dari Mesir, esoknyer ada Persidangan OIC. Tiba-tiba PM Malaysia telefon aku, "Firdaus! U ganti I esok nyer."
Isyy ... Teramat bangganyer aku ketika itu menjadi wakil kepada PM Malaysia.
Tp ... Sedarkah aku bahawa aku adalah wakil (khalifah) Allah di muka bumi ini. Wakil kepada raja di atas segala raja, kuasa di atas segala kuasa.

Sahabat2 ku,
Kenapa ek para rasul yang diutuskan, tak takut kepada segala ancaman kaumnya? Tengok saja kepada Sayyiduna Muhammad, apa yang penduduk Toif lakukan kepada Baginda? Emm .. Mereka tahu yang mereka utusan Allah. Pangkat yang tinggi tu. Sudah pasti Allah mencukupi segala keperluan mereka.

Mudah2an Allah memberikan kekuatan kepada kita melaksanakan segala amanah yang dipikulkan kepada kita.

~Aku ibarat sebuah tasik? Kelingnyer banyak laluan air menuju kepadaku. Kalau baik air yang masuk kepadaku, maka baiklah aku. Emm .. cam tu kot hidupku. Kene pandai2 tapis unsur2 dari luar. Jadi yang terbaik. Bukankah Allah berfirman yang mafhumnyer, kami jadikan manusia ni untuk lihat sape yang terbaik amalannyer.

~Hebat ciptaan Allah! Cuba tengok pada rambut di kepala. Terus memanjang. Tapi bulu kening tak kan? Bayangkan kalau semua bulu2 di kepala tumbuh sama cam rambut kepala tumbuh. Payah kan?

Kepada Allah jua kita berserah dan pasti dikembalikan!

This entry was posted on Friday, 14 November 2008 at 03:17 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 comments

subhanallah...

terkedu...
terpempan...
terkesan...
tersedar dari lamunan...
entri yg mantap ust.

jazakallah akh...

14 November 2008 at 17:16

Post a Comment