Jejak Ulamak 3  

Posted by blog dr.

Assalamu'alaikum ~ sahabat2..
InsyaAllah ~ Hari ni, seseorang yang ingin ku perkenalkan kepada kalian. Seorang alim tetapi tetap tawadu' merendah diri. Anak kelahiran Indonesia, namun tetap sahaja ilmunya mengatasi sebahagian sahabat Arabnya yang lain.

Beliau yang ku maksudkan ialah:
Al-Musnid Syeikh Muhammad Husni Ginting al-Langkati al-Azhari Hafizahullah.
Mempunyai lebih 100 guru sanad dan ijazah. Termasuk di Mesir dan Tanah Hijaz. Punyai hubungan rapat dan kenalan yang ramai dengan para alim ulamak. Terlalu rugi kalau kalian tidak mendekati beliau hafizahullah. Beliau tinggal di Syari' Qaumiah, Zaqazig, Mesir. Jasa beliau kepada kami kawan2, terlalu banyak. Memperkenalkan kami kepada para masyaikh, menanam cinta kepada Rasulullah dan ahli baitnya. Banyak sangat kenangan kami dengan beliau. Mudah2an Allah Ta'ala memberkati dan meletakkan kedudukan yang tinggi buat beliau.
Taajub aku melihat kesabaran beliau menghadapi musibah dan fitnah kehidupan.

Suka aku meminjam kata-kata beliau:
Hidup ini penuh dengan tantangan dan rintangan ,cobaan datang silih berganti, ujian datang dan pergi, ini adalah fanaroma kehidupan di dunia,terlebih lagi seorang pewaris nabi yang akan menjalani roda dakwah dan mengajar umat dari segala yang di perlukan, tak lepas dari segala cobaan dan rintangan, makna nya mau hidup mesti di coba, tidak mau di coba jangan hidup, mau tidak mau mesti seorang pewaris di uji kesabaranya dalam menjalani realita dakwah yang di emban, seorang pernah berkata : Saya mati-matian menuntut ilmu tapi mati-matian juga ingin menyebar ilmu, bila datang kesenangan, sengsara berdatangan. Ini salah satu kenyataan hidup yang mesti di hadapi bukan berarti pesan orang Zaman selalu menjelama di kehidupan kita, sebagai mana mereka kata:

berakit-rakit kita ke hulu
berenang-renang ketepian
bersakit-sakit kita dahulu
bersenang-senang kemudian

tapi ini sebagian saja yang menjelma di kehidupan sebagian lagi malah seperti kata orang :

berakit-rakit kita ke hulu
berenang-renang kemudian
bersakit-sakit dahulu
senang pun tak datang malah mati kemudian

kalau begitu mesti ikhlas dalam menghadapi cobaan, anggap Allah cinta dengan kita, dan akan menggantikan nya di Akhirat sana, jadikan segala cobaan yang datang menjadi pengajaran hidup agar lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT, tak pernah bersedih hati dengan yang hilang, tek pernah merasa gaduh kalau ditinggal, tak pernah bermuram durjana bila di coba, menjalani hidup dengan gembira, sadar dengan tantangan yang tiap-tiap saat akan datang, bersemangat untuk membawa panji dakwah kehadapan umat, mencoba selalu tampil dengan senyum yang menyebarkan rahmat.Semoga kita dapat menjalani kehidupan ini dengan sabar.

Antara sebahagian guru-guru ijazah beliau:
1-Al-'allamah al-Musnid Ahmad ad-Damanhuri b. Arman al-Bentani al-Indunesi al-Makki.
2-Al-'allamah al-Musnid Husain 'Abdurrahim al-Falimbani al-Indunesi al-Makki.
3-Al-'allamah al-Musnid Syeikh Sayyid Abu 'Alawi Hamid 'Alawi al-Kaf al-Indunesi al-Makki.
4-Al-'allamah al-Musnid Muhammad Husnid Tamrin Jufri al-Banjari al-Indunesi al-Makki.
5-Al-'allamah al-Muhaddith Syeikh Mahmud Said Mamduh al-Qohiri.
6-Al-'allamah al-Faqih Sayyid Ibrahim b. Sayyid Abdillah Ali Khalifah al-Ahsaie asy-Syafie
7-Al-'allamah al-Faqih Syeikh 'Ali b. Jumaah b. Muhammad b. Abdil Wahab al-Azhari.
8-Al-'allamah al-Muhaddith Syeikh Muhammad Abdurrahim b. Jad Badruddin al-Misri al-Azhari.
9-Al-'allamah al-Muhaddith Sa'ad Sa'ad Jawisyh Al-Kafrawi al-Azhari.
10-Al-'allamah al-Muhaddith Ahmad Ma'bid Abdul Karim al-Azhari.
11-Al-'allamah al-Muhaddith Muhammad b. Muhammad 'Awwamah al-Halabi al-Madani.
12-Al-'allamah Syeikh Solahuddin at-Tijani al-Misri.
13-Al-Faqih Syeikh Muhammad Ismail Usman Zain al-Yamani al-Makki.
14-Al-'allamah Syeikh Muhammad Husain 'Idrus al-Madani.
15-Al-Musnid Syeikh Zainul 'Abidin Jufri al-Banjari al-Makki.
16-Al-'allamah al-Faqih Husain Siroji al-Fathoni al-Makki.
17-As-Sufi Syeikh Ahmad b. Muhammad al-Hafiz at-Tijani al-Misri.
18-Al-'allamah al-Musnid Syeikh 'Ali b. Husain 'Aidid Ali Ba'lawi.
19-Al-'allamah Syeikh Kholid Abdul Karim b. 'Ali at-Turkistani al-Makki.
20-Al-'allamh al-Musnid Syeikh Majd b. Ahmad al-Makki al-Halabi.

Ruj.: Al-Aayat al-Mufassolat Fi al-Ahadith al-Musalsalat, dikumpulkan oleh Syaikhuna al-Musnid Muhammad Husni al-Langkati al-Azhari Hafizahullah.

This entry was posted on Monday, 15 December 2008 at 07:33 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 comments

Tertulis : 4-Al-'allamah al-Musnid Muhammad Husnid Tamrin Jufri al-Banjari al-Indunesi al-Makki.
Seharusnya : l-'allamah al-Musnid Muhammad Husni Tamrin Jufri al-Banjari al-Indunesi al-Makki.

12 March 2009 at 18:38

Post a Comment