Jejak Ulamak 5  

Posted by blog dr.

PENSYARAH UNIVERSITI AL-AZHAR
KAMPUS UTAMA (KAHERAH)

Assalamu'alaikum ... Apa khabar? Buat teman-teman, khususnya pelajar Fakulti Bahasa Arab, Universiti al-Azhar di Kaherah ...
Rugi kalau kita tidak mengambil peluang semaksimum mungkin, bersama~talaqi~istifadah daripada pensyarah-pensyarah kita di Kaherah ini. Kenapa ek?

Kesemua mereka sudah ada Phd. Itu ma'ruf kan? Bahkan kesemua pensyarah kita termasuk di semua cawangan universiti pun, lulusan Phd.
Kebanyakkan mereka yang mengajar di Kaherah ini, berpengalaman mengajar di negara luar ... khususnya di Negara Teluk.

Paling kurang pun, kena tahun sebahagian mereka yang masyhur ni:
1-Prof. Dr. Syafiq Abu Sa'adah Hafizahullah.
Banyak kitab muqorror kita, merupakan hasil tulisan beliau. Sempat juga aku bersama teman yang lain belajar dengannya dari tahun 2 hingga tahun akhir ini.
Syadid sikit. Memang pakar bahasa dan sastera. Cakap fushah 100%. Beliau memang tak suka berbahasa 'ammi. Kalau berbahasa dan syair~memang naik bulu tengkuk aku. Sedap dan indah sungguh kata-kata beliau.

2-Prof. Dr. Abdullah al-Husaini Hilal Hafizahullah.
Tahun lepas, beliau memegang jawatan sebagai Dekan Fakulti kita. Tahun ni, naik pangkat. Sekarang beliau menjawat jawatan sebagai Naib Rais al-Azhar. Tinggi tu. Mengajar tahun akhir~ madah "Qo'ah al-Bahs". Jangan lewat masuk kelas beliau, kalau tak ... tak boleh masuk.

3-Prof. Dr. Muhammad Abu Musa Hafizahullah.
Emm... beliau terkenal dengan panggilan "Abdul Qohir Hazaz Zaman". Kenal kan siapa Abdul Qohir? Tokoh tu ... Mengajar tahun akhir kitaorang, madah Balaghoh. Guru kepada sebahagian pensyarah di fakulti kita.

4-Prof. Dr. Basyuni 'Abdul Fattah Fayyud Hafizahullah.
Banyak mengarang kitab, khususnya di dalam Bahasa Arab. Mengajar kami di tahun 3 lalu, dalam madah Balaghoh. Memang pakar bahasa, balaghoh dan naqd. Nak cam beliau cam ne? Selalu pakai jubah azhar. Sekarang beliau mengajar di Saudi.

4-Prof. Dr. Fathi al-Hijazi Hafizahullah.
Sekarang mengajar di tahun 3. Pun selalu pakai jubah azhar. Seringkali mengajar di Madyafah.

5-Prof. Dr. Hasan Zikri Hafizahullah.
Selalu memegang jawatan "Rois Qismil Lughoh". Seringkali menjadi Rois Munaqish. Pernah mengajar kami di tahun 3 lalu.

6-Dr. 'Amir Hafizahullah.
Aku memang suka cara beliau mengajar nahu. Memang best. Jelas dan faham betul-betul. Tp. sayang pulak, tahun ni beliau diminta mengajar di Riyadh.

7-Dr. Muhammad Hasanain Hafizahullah
Cara beliau mengajar sorf memang best. Tp. tahun ni pun, beliau diminta mengajar di Riyadh.

Banyak lagi ... Memang respect lah ~ mereka hebat, tapi tawaddu'. Tak macam kita, baru lebih sikit dah berlagak.

This entry was posted on Thursday 18 December 2008 at 22:51 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment