بسم الله الرحمن الرحيم.
الحمد الله رب العلمين، نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا اله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمد عبده ورسوله، أما بعد...
Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Tajuk khutbah hari ini ialah "Kita Umat Islam." Suatu ketika dahulu Umat Islam pernah memegang dunia, menguasai masyarakat antarabangsa dan ekonomi dunia di bawah genggaman mereka.
Itulah zaman kemasyuran Umat Islam memimpin dunia dengan iman dan al-Quran, memimpin dengan ilmu dan ihsan sehingga muncul sistem perundangan dan ekonomi mereka yang terbaik di dunia ini. Mereka mempunyai ketamadunan yang tinggi. Gabungan antara ilmu dan keyakinan, mereka berjaya menghubungkan antara langit dan bumi, dunia dan akhirat, akal dan hati serta kebendaan dan roh.
Realitinya ketika itu, hasil tulisan mereka dipelajari dan dikaji di seluruh universiti dunia, ulamak mereka termasyur di seluruh dunia. Mereka disegani bukan ditakuti. Mereka dihormati bukan dibenci. Mereka dikagumi bukan dikhianati. Maka Agama Islam dikenali sebagai agama rahmat untuk seluruh alam.
Namun sekarang Umat Islam kembali mundur selepas menggapai ketamadunan selama beberapa abad. Kita diperbudak-budakkan oleh dunia yang pernah melutut untuk mempelajari ketamadunan daripada kita.
Kebanyakan negara Islam masa kini merupakan negara ketiga atau sekadar negara membangun dimata dunia.
Bagaimanakah semua ini boleh berlaku? Sedangkan kita memiliki semua kekuatan. Masih tidurkah kita lagi sedangkan Umat Islam diratah dari timur ke barat. Masih berpecahkah kita lagi sedangkan musuh kita mengumpulkan kekuatan? Memang benarlah apa yang dikatakan oleh fuqoha’ kita:
الكفر كله ملة واحدة
Maksudnya:
Kesemua orang kafir itu (bersatu di atas) satu jalan.
Allah Subhanahu Wata'ala berfirman:
والذين كفروا بعضهم أولياء بعض إلا تفعلوه تكن فتنة في الأرض وفساد كبير
Maksudnya:
Dan orang-orang kafir itu, sebahagian mereka menjadi pelindung bagi sebahagian yang lain jika kamu (wahai orang-orang Islam) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah, nescaya berlaku kekacauan di muka bumi dan kerosakkan yang besar.
Sidang muslimin yang dirahmati oleh Allah Subhanahu Wata'ala sekalian,
Golongan kuffar hampir menguasai dunia masa kini. Kita semua hampir berada di dalam cengkaman mereka. Sedangkan mereka golongan yang tidak mempercayai Allah, tidak meyakini kemunculan hari akhirat, bahkan terpacul suara lancang daripada mereka bahawa menjadi satu fakta yang salah bahawa Allah menjadikan manusia tetapi manusia menjadikan Allah.
Isu penghinaan terhadap Baginda Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam suatu ketika dahulu pernah membangkitkan kemarahan umat Islam. Tetapi sentimen ini hanya menjadi satu sejarah semata-mata tanpa kebangkitan semula umat Islam secara menyuluruh.
Kita melihat secara jelas bahawa mereka bukan sahaja menyerang kita dari dalam sudut ideologi globalisasinya, bahkan mereka berani menggunakan aspek ketenteraan menyerang umat Islam.
Mampukah kita masih tidur lagi? Berapa banyak negara umat Islam hendak diratah rakus kembali?
Mereka merancang untuk memecah belahkan negara arab umat Islam seperti Syiria dan Mesir serta mahu menjadikan keseluruhan dunia ini milik mereka. Mereka bukan sekadar merancang semata-mata bahkan jelas sebahagian daripadanya telah terlaksana pada hari ini.
Mereka menyerang dan merampas tanah Umat Islam Palestin serta dan tanpa segan silu mengatakan itulah milik mereka. Dunia yang sebesar ini tidak mampu berbuat apa-apa terhadap mereka yang merupakan golongan minoriti.
Sidang Jumaat sekalian,
Allah Subhanahu Wata'ala berfirman:
واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا واذكروا نعمة الله عليكم إذ كنتم أعداء فألف بين قلوبكم فأصبحتم بنعمته إخوانا
Maksudnya:
Dan hendaklah kamu semua (wahai Umat Islam) berpegang- teguh pada tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah. Dan ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuh (di antara satu sama lain), kemudiannya (Allah) melembutkan hati kamu dan muncullah kamu (golongan) yang bersaudara dengan nikmat (dan rahmat dariNya)
Firman Allah Subhanahu Wata'ala lagi:
ولا تنازعوا فتفشلوا
Maksudnya:
Dan janganlah kamu bergaduh, (nanti) kamu akan dikalahkan.
Prof. Dr. Yusof al-Qorodowi Hafizahullah menjelaskan bahawa tedapat perancangan golongan kuffar untuk memurtadkan keseluruhan penduduk
Kita melihat negara yang berada dalam kemelutan kemiskinan dan peperangan seperti Afrika dan
Pada tahun 1978, telah wujud satu Persidangan Yahudi di Wilayah Clorado Amerika untuk memurtadkan Umat Islam. Mereka membelanjakan sebanyak seribu million dolar untuk tujuan ini.
Kita bukan mencela mereka, kerana ini satu strategi mereka untuk menyebarkan agama mereka. Tetapi kita mencela diri kita, kerana kita tidak peka dan prihatin untuk mempertahankan Agama Islam kita yang suci ini dan berusaha untuk menyebarkannya. Perumpamaan Arab menyebut:
من أسرع يقضى على أبطاء
Maksudnya;
Sesiapa yang cepat, dia akan menguasai yang lambat
Muslimin yang dirahmati Allah Subhanahu Wata'ala sekalian,
Darah umat Islam masa kini seolah-olah sudah tidak bernilai lagi di mata dunia. Orang-orang Islam dibunuh dan disembelih pada setiap tempat. Di manakah seribu million umat Islam sesaudara mereka yang lain. Bukankah di antara mereka lelaki? Dimanakah kelelakian mereka?
Baginda Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:
من لا يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
Maksudnya:
Barang siapa yang tidak mengambil berat tentang urusan sesaudara Islamnya yang lain, maka dia bukanlah termasuk di dalam golongan mereka.
Allah Subhanahu Wata'ala berfirman:
إنما المؤمنين إخوة
Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang beriman adalah bersaudara.
FirmanNya lagi:
والمؤمنين والمؤمنات بعضهم أولياء بعض
Maksudnya:
Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi pelindung kepada sebahagian yang lain.
Sayyiduna Muhammad Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:
المسلم أخو المسلم، لا يظلمه ولا يسلمه
Mafhumnya ialah:
Orang-orang Islam itu bersaudara kepada saudara seislamnya yang lain. Maka dia tidak menzalimi saudaranya yang lain dan tidak membiarkannya dizalimi oleh orang lain.
Terdapat sebahagian di antara kita berputus asa melihat ratahan kemelut globalisasi golongan kafir terhadap umat Islam. Bahkan ada di antara kita yang mendokong dan menyanjung golongan kuffar tanpa memikirkan nasib umat Islam seagama mereka. Allah Subhanahu Wata'ala berrfirman:
إنه لا ييئس من روح الله إلا القوم الكافرون
Maksudnya:
Sesungguhnya tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Allah melainkan orang-orng yang kafir.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala lagi:
قال ومن يقنط من رحمة ربه إلا الضالون
Maksudnya:
(Nabi Ibrahim a.s) berkata: "Dan tiada orang yang berputus asa dari rahmat tuhannya melainkan orang-orang yang sesat."
Sidang Jumaat sekalian,
Sesungguhnya Umat Islam mampu menjaga maruah mereka, berupaya meletakkan kedudukan mereka di bawah sinaran mentari, berkebolehan menjadikan diri mereka sebagai ummah yang kuat dan disegani oleh dunia, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala:
وكذالك جعلناكم أمة وسطا
Maksudnya:
Dan demikian (pula) kami telah menjadikan kamu (Umat Islam sebagai) umat yang adil dan pilihan.
Kekuatan kita memiliki jumlah penganut yang banyak iaitu 1000 milion. Firman Allah Subhanahu Wata'ala:
واذكروا إذ كنتم قليلا فكثروا
Maksudnya:
Dan ingatlah ketika dahulu kamu sedikit, maka Allah membanyak-banyakan (bilangan) kamu.
Kita berbeza dengan yang lain kerana memiliki kekuatan roh yang datang dari Allah Subhanahu Wata'ala melalui Sayyiduna Muhammad s.a.w. Kita mempunyai ketamadunan lampau yang tersendiri selama 14 kurun yang menjadikan kita kehadapan dari dunia yang lain. Namun kita terus lupa dengan kekuatan yang kita miliki.
Maka bilakah kita hendak kembali kepada agama kita? Dan berjalan di atas sunnah nabinya iaitu baginda Sollallahu 'Alaihi Wasallam?
Hadirin yang dirahmati oleh Allah Subhanahu Wata'ala sekalian,
Allah Subhanahu Wata'ala berfirman:
يريدون أن ليطفئوا نور الله بأفواههم ويأبى الله إلا أن يتم نوره ولو كره الكافرون. هو الذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولو كره المشركين
Maksudnya:
Mereka (iaitu golongan kuffar) ingin memadamkan cahaya (iaitu Agama) Allah dengan mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayanya, walaupun orang-orang kafir itu tidak menyukai (perkara tersebut)
FirmanNya lagi:
إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأتفسهم
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib satu bangsa itu melainkan mereka (berusaha) untuk mengubahnya sendiri.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَات فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.