.: MaDrAsAh HaDiTh :.  

Posted by blog dr.

e-mail : ceointerfirdaus@yahoo.com

Teman-teman seperjuangan >>
Teringat kami kehebatan ilmu yang ada pada tokoh-tokoh hadith dunia. Punyai keilmuan yang tinggi. Izzahnya nampak di sebalik sifat tawaduk dan warak mereka. Siapa tidak kenal Imam Bukhari, Imam Muslim, al-Hafiz an-Naisaburi, Ibnu Solah, Ibnu Kathir. Kesungguhan mereka mempertahankan sunnah nabawiyah.
Kadang-kadang kami belek peribadi kami dengan mereka. Terlalu jauh. Kami bandingkan ilmu pula. Jaraknya melebihi langit dan bumi. Mereka sudah berjaya. Namun kami bagaimana?
Emm .. Ya. Mustolah hadith. Mungkin itu yang perlu kami kuasai dahulu. Buku "al-Ba'is al-Hasis Syarh Ikhtisor 'Ulum al-Hadith" karangan oleh Ahmad Muhammad Syakir jadi pilihan kami. Beliau mensyarahkan karangan Ibnu Kathir. Mudah-mudahan Allah meredhai mereka berdua dan menganugerahkan nikmatNya yang terindah.
Hari ni, masuk seminggu madrasah hadith yang kami bentuk telah bermula. Perbahasan sudah sampai ke tajuk yang 18. Pening jugak. Mana ketidaknya, beberapa istilah hadith wajib dikuasai dan diulang baca serta dihafal. Itulah serba-sedikit kot manhaj kami. Waktu pengajian tidak tetap .. namun semua bergantung kelapangan yang mengajar kami.
Al-hamdulillah ... beliau masih mahu mengajar walau terkadang sibuk dengan urusan peribadi. Tesis master perlu diselesaikan seberapa segera mungkin. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberkati beliau.

This entry was posted on Tuesday, 16 September 2008 at 23:33 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment