.: MaLaM TeRiNdAh :.  

Posted by blog dr.


Tanggal malam 23 Ramadhan 1429 Hijriyyah, ku rasakan salah satu malam yang bermakna bagiku ....

Jam 8.50 malam : Di rumah Selangor ... Aku bertemu dengan Syaikh Majid al-'Iraqi Hafizahullah. Punyai ramai masyaikh serta ijazahnya di Iraq dan kawasan sekelilingnya. Sedang menyiapkan tesis dukturoh di Fakulti Syariah wal Qonun Universiti al-Azhar Kaherah.

Jam 9 malam : Pengajian Syaikh Nuruddin Hafizahullah bermula ...

Jam 11.30 malam : Aku bersama Syaikh Husni, Syaikh Majid dan beberapa rakanku ke rumah Syaikh Nuruddin di Rumah Kedah. Berpeluang menemui beliau secara khusus. Akhir pertemuan itu, Syaikh Nuruddin Hafizahullah berkenan meriwayatkan ijazah 'ammah kepada kami. Segala pujian terindah bagi Mu wahai Allah ...

Jam 12.30 tgh malam : Di Rumah Selangor, kami berkumpul mendengar bacaan Sohih Bukhari ... awal dan akhirnya dari Syaikh Husni Hafizahullah. Kemudian hadith musalsal awwaliah birrohmah serta ijazah 'ammah daripada Syaikh Majid Hafizahullah.

Jam 2 pagi : Kami didatangi anak murid Prof. Dr. 'Ali Jumaah Hafizahullah ... seramai tiga orang.

Jam 3 pagi : Kami mendengar bacaan hadith musalsal di dalam kitab "al-Ayat al-Mufalsolat fi al-Ahadith al-Musalsalat, tulisan Syaikh Husni. Dibaca oleh beliau sendiri. Sehingga Subuh dan bersambung selepasnya lebih kurang jam 7.30 pagi.

Arghh ... penatnya ... tapi best sangat! Pujian terindah bagiMu wahai Allah ... terima kasih ... Syaikh Husni kerana kehadiran beliau ke sini benar-benar memberikan manfaat kepada kami. Memperkenalkan kepada kami kepada Syaikh Majid al-'Iraqi Hafizahullah, membawa kami kepada Syaikh Nuruddin Hafizahullah dan juga memperkenalkan kami kepada anak murid Syaikh Dr. 'Ali Jumaah ...

This entry was posted on Wednesday 24 September 2008 at 07:12 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment