.: SyAiKh NuRuDdIn HaFiZaHuLlAh :.  

Posted by blog dr.


.: TaWaQqUf PeNgAjIan :.

e-mail : ceointerfirdaus@yahoo.com

Salam sejahtera sahabat-sahabat >>> RAMADHAN KARIM.

Dua hari berlalu, pengajian tafaqquh oleh Syaikh Muhammad Nuruddin b. Marbu al-Banjari al-Makki Hafizahullah ditawaqquf sementara.

Beliau bersama sekumpulan jemaah yang lain telah berangkat ke Tanah Haramain untuk melaksanakan umrah. Pagi Rabu yang lalu mereka berangkat ke sana. Mudah-mudahan Allah Ta’ala sentiasa melindungi dan merahmati mereka.

Sejenak ku teringat bertalaqi bersama-sama rakan di Rumah Terengganu. Pagi, petang dan malam kami tempuhi semata-mata menimba ilmu. Paginya jam 8 sehingga 11 pagi. Petangnya selepas solat Asar sehingga 15 minit sebelum Maghrib. Malamnya pula dari jam 9.30 hingga jam 11.30 malam. Best kan? Walau di hadapan kami, duduk seorang syaikh yang tegas. Apatahnya tidak, berlunjur kaki tidak boleh … tidur tidak boleh … bercakap sesaat dengan ahli pengajian yang lain tidak boleh … tapi itulah yang indahnya. Kami diajar adab mempelajari hadith-hadith Nabi SAW.

Ye lah. Kekadang terasa boring, penat, letih … lebih-lebih lagi sekarang ni bulan puasa. Emmm … Tapi tu lah, sesuatu yang tidak dapat ku gambarkan … indahnya menuntut ilmu ni. Wahai tuhanku! Berilah aku kekuatan.

Sempat kami pelajari sekian kitab tulisan dan ta’liq beliau. Termasuk Kitab Tahzib al-Misykat al-Masobih, Al-‘Ibar min Durus Mu’jizat an-Nabawiyyah, Al-Manasik, Tahrir al-Maqol, Rosail Hammah, Al-Awail wal awakhir wal Asanid, Hadith-hadith Musalsal dan Khususiat ar-Rasul. Hmm … Wahai tuhanku! Sejenak ku teringat hendak mengambil ijazah daripada syaikh, Engkau mendahului permintaanku … Ni kerana tahun ni rupa-rupanya, syaikh berkenan hendak memberi ijazah secara mukatabah kepada kami … al-Hamdulillah.

Khabarnya kelas pengajian syaikh akan bersambung kembali 16 Ramadhan ni.

This entry was posted on Thursday 4 September 2008 at 14:56 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment