.: PeMerGian SyaiKh AbduLLaH al-HaRari RohiMahuLLah :.  

Posted by blog dr.

e-mail : ceointerfirdaus@yahoo.com

Memperingati pemergian seorang ulama besar dalam bidang Hadis dan Fiqh. Seorang yang soleh, tawaddu', Syaikh Abdullah b. Muhammad Al Harary Rohimahullah, juga dikenali sebagai Al Habashiyy. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada waktu subuh hari selasa bersamaan 2 Ramadan 1429 H -2 Sepetmber 2008.

Pemergian Syaikh Abdullah Al Harariyy Rohimahullah adalah satu kehilangan yang besar kepada kaum muslimin.

Semoga Allah memberikan limpah kurnia dan rahmatnya kepada beliau. Kamu telah menunjukkan kesolehan dan tawadukmu.

Beliau telah kembali ke rahmatillah hari ini Selasa 2hb Ramadhan 1429H : 2hb 9 2008.
selepas waktu subuh tadi waktu Beirut, Lubnan. Jenazah beliau disembahyangkan oleh ratusan ribu umat Islam di Masjid Burj Aby Haidar Beirut Lubnan petang itu waktu asar waktu Beirut Lubnan dan jutaan umat Islam diseluruh pelusuk dunia turut menunaikan solat jenazah ghoib buat Syeikh Al-Mujahid Abdullah Al-Harari kemudian jasadnya disemadikan berhampiran Masjid Burj Aby Haidar. Rahimakallah ya Syaikh ....

Pemergianmu satu kehilangan yang besar buat umat Islam pencinta sunnah.

Al-Fatihah....

This entry was posted on Monday 29 September 2008 at 20:53 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment