.
.: HaBiB YuSuF HaFiZaHuLlAh :.
e-mail : ceointerfirdaus@yahoo.com
Asar tadi, temanku dari Indonesia … Syaikhu menelefonku. Syaikh Yusuf sudah tiba di Mesir. Pengajian pula terus mula selepas Asar ni. Hmm, rasa-rasanya mungkin aku tidak sempat ke Asyir sekarang ni. Pas tu, Qostolaniy juga dari Indonesia hantar message kepadaku … bagi tau kehadiran syaikh. Ya, teman-teman Indonesia nampaknya lebih ke hadapan berdampingan dengan syaikh dan mengutip mutiara-mutiara ilmu daripadanya.
Wahai tuhanku! Bagaimana aku ingin berhadapan dengan syaikh … hampir dua tahun aku tidak menjeguknya. Terlalu segan dan malu untuk ku bertemu dengan beliau.
Dua tahun yang lalu, benar-benar ku mengenali seorang syaikh yang dekat di hatiku untuk menghampirinya. Tapi mungkin tinggal angan-angan, kerana ramai anak murid beliau yang mengelilinginya. Syaikh seorang ilmuan Islam hebat dan istimewa bagiku. Beliaulah yang orang pertama di Bumi Mesir ini yang berjaya membawa futuh bagiku. Terkadang … ku menangis kerana mengenang kehadiranku di Ardil Kinanah ini. Tuhanku! Walau pun banyak dosaku lakukan, namun Engkau tetap membenarkan ku berdampingan seorang aulia’Mu. Indahnya rahmatMu.
Berikut biodata syaikh:
NAMA: Sheikh As-Syarif Dr. Yusuf Muhyiddin Riq El-Bakhur Al-Hasani. Beliau berketurunan Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husein r.a., kedua-dua cucu kesayangan Rasulullah s.a.w.
KELAHIRAN BELIAU: Beliau dilahirkan di Aka, Lubnan. Kini, beliau tinggal di Lubnan dan Kanada.
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN BELIAU
Pada awalnya, beliau menuntut di Lubnan. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajiannya di Institut Fiqh (Islamic Study) pada tahun 1974 dalam bidang Ijazah Sarjana Muda. Beliau juga turut mengambil pengajian Sarjana Muda di Al-Azhar dan tamat pada tahun yang sama, dalam bidang Al-Syariah wa Al-Qonun.
Beliau melanjutkan Ijazah Sarjana di Al-Azhar dalam bidang Al-Syariah wa Al-Qonun dan tamat pada tahun 1989. Seterusnya, beliau melanjutkan pendidikan beliau ke peringkat Kedoktoran (Ph.D) di Universiti Islam Lubnan pada tahun 1991.
AKTIVITI-AKTIVITI BELIAU:
- Pengarah Yayasan Islam Kanada, di Hamilton, Kanada pada tahun 1981 sehingga hari ini.
- Pensyarah di Universiti Islam Lubnan
- Seorang pendakwah peringkat antarabangsa.
- Mursyid atau Sheikh Tarikat Al-Asyirah Al-Muhammadiyah di Hamiton, Kanada
- Murobbi Tasauf khususnya dalam Tarikat Syazuliyah, Qadiriyah, Naqsyabandiyah, Darqowiyah, Alawiyah dan sebagainya.
- Pengasas Dar Al-Hasani Center, iaitu tempat perhimpunan anak-anak murid beliau di Mesir.
“Firdaus … aku sayang kat kau kerana Allah! Tapi, aku tak tahu kenapa aku sayang kat kau?” Itulah ungkapan yang tak mungkin ku lupakan buat selama-lamanya. Keluar dari mulut syaikh ketika dalam satu pengajian yang dihadiri lebih 70 orang ketika itu. Berkali-kali juga selepas itu beliau melafazkan kata-kata itu di rumahnya.
Teringat kembali tahun akhir 2006, aku sering ke rumah syaikh. Pergi kedai bersama-sama … beli makanan untuk berbuka. Masak sama-sama. Makan pun sama-sama. Isyh … terharu rasanya dapat berdampingan dengan beliau. Berkali-kali beliau ajak ku tidur di rumahnya. Segan pulak ku rasa. Seorang yang zuhud dan tawaduk. Berpewatakan seorang guru di dalam pengajian dan seorang ayah ketika di luar pengajian. Indahnya ketika itu.